Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kesusasteraan

Kesusasteraan (Jawi: كسوسسترأن, bentuk ringkas: sastera سسترا‎) atau persuratan (Jawi: ڤرسورتن) merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Ia lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetika manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Ia juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata-katanya.


Previous Page Next Page






Letterkunde AF Literatur ALS ሥነ ጽሑፍ AM Literatura AN साहित्य ANP أدب Arabic সাহিত্য AS Lliteratura AST Адабият AV Suteroteem AVK

Responsive image

Responsive image