Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Yingluck Shinawatra

Yingluck Shinawatra
ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร

MPCh MWM
Yingluck pada 2011
Perdana Menteri Thailand ke-28
Dalam jawatan
5 Ogos 2011 – 7 Mei 2014
RajaBhumibol Adulyadej
Didahului olehAbhisit Vejjajiva
Digantikan olehNiwatthumrong Boonsongpaisan (memangku)
Prayuth Chan-ocha
Menteri Pertahanan Thailand
Dalam jawatan
30 Jun 2013 – 7 Mei 2014
TimbalanYuthasak Sasiprapha
Didahului olehSukampol Suwannathat
Digantikan olehKosong
Butiran peribadi
Lahir (1967-06-21) 21 Jun 1967 (umur 57)
San Kamphaeng, Thailand
Parti politikParti Pheu Thai
PasanganAnusorn Amornchat
Anak-anakSupasek Amornchat
Alma materUniversiti Chiang Mai
Universiti Negeri Kentucky
Tandatangan

Yingluck Shinawatra (Bahasa Thai: ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร, RTGSYinglak Chinnawat, Sebutan bahasa Thai: [jîŋ.lák tɕʰīn.nā.wát]; lahir 21 Jun 1967), juga dikenali dengan nama samaran Pou (Bahasa Thai: ปู, RTGSPu, disebut [pūː], bermaksud "ketam"),[1] ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Thailand, anggota Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28 dari 2011 hingga 2014. Yingluck merupakan adik kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, dan perdana menteri wanita yang pertama serta antara yang termuda di Thailand.[2][3]

Dilahirkan di wilayah Chiang Mai, Yingluck menerima ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.[4] Beliau menjadi seorang eksekutif di syarikat perniagaan yang diasaskan oleh abangnya, Thaksin Shinawatra, dan selepas itu menjadi presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. Sementara itu, abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri, tetapi digulingkan oleh tentera yang merampas kuasa lalu melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.

Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum.[5][6] Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 47% peratus undi dan 265 darpada 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand,[7] oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand (kali pertama parti abangnya Thai Rak Thai).

Dalam krisis politik pada Mei 2014, Mahkamah Perlembagaan Thailand menyingkirkan Yingluck daripada jawatannya akibat daripada perpindahan berkontroversi seorang pegawai keselamatan utama pada 2011.[8]

  1. ^ 'ปู'ปัดบินฮ่องกงพบพี่ชาย ไม่รู้'สมศักดิ์'อยากร่วมรบ. [""Pu" denied flying to Hong Kong to see her brother, not knowing "Somsak"'s joining coaliation"]. Thairath (dalam bahasa Thai). Bangkok. 8 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2012.
  2. ^ "Yingluck, Pheu Thai win in a landslide". Bangkok Post. 3 Julai 2011.
  3. ^ CNN, Talking politics with Thailand's PM, 18 Disember 2008
  4. ^ "Yingluck to be 'clone' of ex-PM brother". China Post. Dicapai pada 5 July 2011.
  5. ^ Kate, Daniel Ten (16 Mei 2011). "Sister of Fugitive Ex-Premier Thaksin Chosen as Leader of Opposition Party". Bangkok. Bloomberg L.P.
  6. ^ Hookway, James (17 Mei 2011). "New Thai Candidacy". The Wall Street Journal. Bangkok.
  7. ^ "Official balloting outcome". The Nation (Thailand). Bangkok. 5 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-08. Dicapai pada 2011-08-05.
  8. ^ "เกาะติดศาลรัฐธรรมนูญวินิจฉัยคดีสถานภาพรักษาการนายก" [Following up the charter court's decision on caretaker prime minister status] (dalam bahasa Thai). Voice TV. 2014-05-07. Dicapai pada 2014-05-07.

Previous Page Next Page