William I | |
---|---|
Raja England, Duke Normandie | |
Pemerintahan | 25 Disember 1066 - 9 September 1087 |
Pertabalan | 25 Disember 1066 |
Dimakamkan | Gereja Santo Peter, Caen |
Pendahulu | Edgar Ætheling |
Pengganti | William II |
Permaisuri | Matilda dari Flanders (1031–1083) |
Anakanda | Robert Curthose (k.k. 1054–1134) William II (1056–1100) Adela dari Blois (k.k. 1062–1138) Henry I (1068–1135) |
Kerabat diraja | Norman |
Ayahanda | Robert si Cemerlang (k.k. 1000–1035) |
Bonda | Herleva (1003–1050) |
William dari Normandie (bahasa Perancis: Guillaume de Normandie; k.k. 1028 – 9 September 1087) memerintah sebagai Duke Normandie dari tahun 1035 hingga tahun 1087 dan menjadi Raja England dari tahun 1066 hingga tahun 1087. William memenangi Pertempuran Hastings pada tahun 1066 ketika menyerang England, dan menumpaskan pemberontakan-pemberontakan Inggeris yang menyusul dalam apa yang kini dikenali sebagai Penaklukan Normandy. Tiada potret tulen William pernah ditemui. Baginda digambarkan sebagai seorang lelaki yang besar dan tegap, kuat dalam semua erti kata, sudah mula botak di depan, dan mempunyai gaya raja.
Dalam tatanama kini, William ialah Duke Normandie sebagai William II, dan Raja England sebagai William I. Baginda juga dikenali sebagai William si Penakluk (Guillaume le Conquérant) dan William si Anak Haram (Guillaume le Bâtard).