Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Transkripsi

Transkripsi digunakan dalam bidang linguistik untuk mewakilkan penulisan sesuatu bahasa dengan cara bersistematik. Sumber boleh dalam bentuk ujaran (percakapan) ataupun teks dalam sistem tulisan yang berlainan, mahupun terdapat ahli linguistik yang berpegang bahawa hanya peralihan ujaran boleh dikira sebagai transkripsi.

Transkripsi tidak seharusnya dikelirukan dengan terjemahan, yang bermaksud menyampaikan makna teks bahasa sumber dalam bahasa sasaran (misalnya, menterjemahkan maksud teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu); ataupun dengan transliterasi yang bermaksud mewakilkan teks yang ditulis dengan satu jenis skrip ke dalam teks yang menggunakan skrip yang lain. (misalnya, mentransliterasikan teks yang ditulis dengan abjad Arab ke dalam teks Rumi).


Previous Page Next Page