Kerajaan Thailand کراجاءن تهاي ราชอาณาจักรไทย Ratcha Anachak Thai | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: เพลงชาติไทย ("Phleng Chat Thai") "Lagu Kebangsaan Thai" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Bangkok | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Thai[1] | ||||
Bahasa tuturan | |||||
Kumpulan etnik (2019)[2] |
| ||||
Demonim | Orang Siam | ||||
Kerajaan | Raja Berperlembagaan | ||||
• Raja | Maha Vajiralongkorn (พระบาทสมเด็จพระวชิรเกล้าเจ้าอยู่หัว) | ||||
Paetongtarn Shinawatra (แพทองธาร ชินวัตร) | |||||
Kemerdekaan | |||||
1238–1368 | |||||
1350–1767 | |||||
1767 ke 7 April 1782 | |||||
7 April 1782 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 513,120 km2 (198,120 bt2) (ke-50) | ||||
0.4 (2,230 km2) | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2021 | 69,950,850 orang[3] (ke-22) | ||||
• Bancian Penduduk 2010 | 64,785,909[4] (ke-21) | ||||
132.1/km2 (342.1/sq mi) (ke-88) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $1,340 trilion[5] (ke-22) | ||||
▲ $19,169[5] (ke-69) | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $536.841 bilion[5] (ke-25) | ||||
▲ $7,674[5] (ke-80) | |||||
Gini (2015) | 36[6] sederhana | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.777[7] tinggi · ke-79 | ||||
Mata wang | Baht (฿) ( THB ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+7 | ||||
Kod panggilan | +66 | ||||
Kod ISO 3166 | TH | ||||
DPT internet | .th | ||||
1Anggaran bagi negara ini dengan jelas mengambil kira kadar kematian disebabkan oleh AIDS; ini boleh mengakibatkan turunnya jangka hayat, dan meningkatnya kadar kematian, kadar pertumbuhan lebih rendah, dan pertukaran dalam taburan penduduk dari segi umur dan seks. 2 Berdasarkan Julai 2005. |
Thailand (Jawi: تايلاند ), Negara Thai (Jawi: نڬارا تهاي ;[8] Bahasa Thai: ประเทศไทย ) atau nama rasminya Kerajaan Thailand (Bahasa Thai: ราชอาณาจักรไทย ) adalah sebuah negara di rantau Asia Tenggara. Thailand bersempadan dengan Myanmar di barat laut, Laos dan Kemboja di timur, Teluk Thailand dan Malaysia di selatan, dan Laut Andaman di barat. Sempadan lautnya termasuk Vietnam di tenggara dalam Teluk Thailand, dan Indonesia dan India di barat daya dalam Laut Andaman. Ibu negara dan bandar terbesarnya Bangkok.[9][10][11] Dengan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia.
Orang Thai berhijrah dari China barat daya ke tanah besar Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya. Sebutan yang paling awal diketahui akan kehadiran mereka di rantau terbabit dengan eksonim Siam terdapat pada prasasti abad ke-12 di kompleks kuil Khmer Angkor Wat di Kemboja yang menyebut orang "syam" atau "perang tua". Kawasan itu pernah dikuasai oleh pelbagai negeri keindiaan seperti kerajaan-kerajaan Mon, Empayar Khmer dan negeri-negeri Melayu, bersaing dengan negeri-negeri Thai seperti Ngoenyang, Sukhothai, Kerajaan Chiang Mai, Lan Na dan Ayutthaya yang juga saling melawan. Orang Eropah tiba pada abad ke-16, bermula dengan misi diplomatik Portugis ke Ayutthaya pada 1511. Abad-abad berikutnya menyaksikan pelbagai kuasa penjajah Eropah merebut wilayah di kawasan Indocina, di mana Thailand kehilangan banyak wilayah kepada Perancis dan British tetapi kekal sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara yang terselamat dari penjajahan. Mulai pemerintahan Raja Rama IV pada pertengahan abad ke-19, Thailand menjalankan kempen memodenkan bangsa sejajar dengan piawaian Barat. Ini membawa kepada peralihan daripada pemerintahan raja multak kepada raja berperlembagaan pada 1932. Namun 60 tahun berikutnya menyaksikan pemerintahan tentera dan demokrasi bersilih ganti, dengan rampasan kuasa terbaru pada Mei 2014.
Dengan tahap pembangunan insan yang tinggi, Thailand digolongkan sebagai negara industri baru yang amat bergantung pada eksport, terutamanya jentera-jentera, elektronik, barang makanan, dan alat-alat kereta. Perkilangan, pertanian, dan pelancongan merupakan sektor teraju ekonomi.[12][13] Ekonominya merupakan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang ke-20 terbesar di dunia dari segi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli. Thailand dikira kuasa serantau Asia Tenggara dan "kuasa tengah" dalam hal-ehwal dunia.[14]
|url=
value. Empty. , World Bank on Thailand country overview.
|url=
value. Empty. (p 104)