Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sistem tulisan abugida

Sistem tulisan abugida ialah suatu jenis sistem tulisan yang mana setiap huruf mewakili satu suku kata menggabungkan seunit bunyi konsonan diiringi oleh seunit bunyi vokal. Bunyi vokal boleh diubah pada mana-mana huruf dengan menambahkan tanda diakritik. Semua sistem tulisan yang diwarisi daripada tulisan Brahmi menggunakan sistem abjad suku kata.

Nama "abugida" diperkenalkan oleh Peter T. Daniels dalam kajiannya mengenai sisten tulisan pada tahun 1990, beliau menciptakan istilah ini dalam sebutan empat huruf pertama dalam tulisan Ge'ez iaitu älf, bet, gäml dan dänt (አለፈ, ብተ, ገመለ, ደነተ - serupa A B C/G D atau ا ب ج د‎) menjadi "አቡጊዳ".[1]

  1. ^ Daniels, Peter T. (Oct–Dec 1990), "Fundamentals of Grammatology", Journal of the American Oriental Society, 119 (4): 727–731, doi:10.2307/602899, JSTOR 602899

Previous Page Next Page