Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Serakan

Serakan merupakan proses fizik am yang mana sesetengah bentuk sinaran seperti cahaya, bunyi, atau zarah bergerak, dipaksa untuk menyimpang dari trajektori yang lurus oleh satu atau lebih ketakseragaman yang tersetempat di dalam bahantara yang dilaluinya. Lazimnya, ini turut memaksudkan penyimpangan sinaran yang dipantulkan dari sudut menurut hukum pantulan. Pantulan yang terserak sering dipanggil pantulan resap manakala yang tak terserak dipanggil pantulan spekular (seakan cermin).

Terdapat pelbagai jenis bahan ketakseragaman yang boleh menyebabkan serakan, iaitu penyerak atau pusat serakan, antaranya ialah zarah, gelembung, titisan, naik turun ketumpatan bendalir, hablur halus dalam pepejal polihabluran, kecacatan dalam pepejal monohabluran kekasaran permukaan, sel dalam organisme, dan gentian tekstil dalam pakaian. Kesan daripada ciri-ciri sebegini dalam trajektori hampir setiap jenis gelombang rambatan atau zarah bergerak boleh diterangkan dalam kerangka teori serakan.

Antara bidang-bidang yang mana serakan dan teori serakan adalah penting ialah pengesanan radar, ultrabunyi perubatan, pemeriksaan wafer semikonduktor, pengawasan proses pempolimeran, perjubinan akustik, komunikasi ruang bebas, dan imejan janaan komputer.


Previous Page Next Page