Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Seismometer

Seismometer merupakan sejenis alat yang menyukat pergerakan bumi mantel, termasuk sekali gelombang seismos yang dihasilkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, dan lain-lain punca seismos. Rekod gelombang seismos membolehkan ahli-ahli seismologi untuk memetakan pedalaman Bumi, serta menentukan lokasi dan mengukur betapa besar punca-punca yang berbeza ini.

Nama "seismometer" berasal dari bahasa Yunani iaitu σεισμός, seismós, iaitu gegaran, dari kata kerja σείω, seíō, bergegar; dan μέτρον, métron, ukuran.

Seismograf ialah satu lagi istilah Yunani yang terbentuk daripada seismós dan γράφω, gráphō, melukis. Istilah ini juga sering disamakan dengan seismometer, namun lebih sesuai dengan alat-alat yang lebih besar yang mana fungsi menyukat dan mencatat pergerakan bumi adalah disatukan berbanding dengan sistem-sistem terkini yang mengasingkan fungsi-fungsi tersebut.

Kedua-dua jenis ini membekalkan rekod pergerakan bumi tanpa henti; berbeza pula dengan seismoskop yang sekadar menunjukkan bahawa berlakunya pergerakan, mungkin dengan sukatan ringkas tentang sebesar mana gegaran itu.[1]

  1. ^ Richter, C.F. (1958). Elementary Seismology. San Francisco: W.H. Freeman.

Previous Page Next Page






Seismograaf AF مقياس الزلازل Arabic Seysmoqraf AZ Сеизмограф Bulgarian ভূকম্পমাপক Bengali/Bangla Seismograf BR Sismògraf Catalan Seismograf Czech Seismograf Danish Seismograph German

Responsive image

Responsive image