Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Roda tenaga

Roda tenaga industri.
Roda tenaga pada bahagian hujung aci engkol enjin kereta.
Traktor Landini dengan roda tenaga terdedah.
Roda tenaga dengan momen inersia boleh ubah, diilhamkan oleh Leonardo da Vinci.

Roda tenaga adalah peranti mekanikal berputar yang digunakan untuk menyimpan tenaga putaran. Roda tenaga mempunyai momen inersia ketara, maka ia menentang perubahan kelajuan putaran. Jumlah tenaga yang disimpan di dalam roda tenaga bersamaan dengan nilai kuasa dua bagi kelajuan putaran. Tenaga disimpan pada roda tenaga dengan mengenakan tork padanya, maka ia menyebabkan kelajuan putaran, dan seterusnya tenaga tersimpan, meningkat. Seterusnya, roda tenaga melepaskan tenaga tersimpan dengan mengenakan tork kepada beban mekanikal, yang menyebabkan penurunan kelajuan putaran.

Roda tenaga mempunyai tiga kegunaan utama:

  • Ia memberi tenaga berterusan semasa punca tenaga sendiri tidak memberi tenaga berterusan. Misalnya, roda tenaga digunakan pada enjin kerana punca tenaga (kilasan enjin) tidak boleh didapati secara berterusan.
  • Ia menghantar tenaga pada kadar melebihi keupayaan punca tenaga. Ia dicapai dengan mengumpul tenaga di dalam roda tenaga mengikut masa dan kemudian melepaskannya dengan cepat, pada kadar yang melebihi keupayaan punca tenaga.
  • Ia mengawal orientasi sistem mekanikal. Bagi aplikasi sebegini, momentum sudut roda tenaga dipindahkan ke beban semasa tenaga dipindahkan ke adau dari roda tenaga.

Roda tenaga biasanya diperbuat daripada keluli dan berputar pada alas konvensional.


Previous Page Next Page






Vliegwiel AF حذافة Arabic Nazimçarx AZ Махавік BE Махавік BE-X-OLD Маховик Bulgarian ফ্লাইহুইল Bengali/Bangla ཤུགས་འཁོར། BO Zamajac BS Volant d'inèrcia Catalan

Responsive image

Responsive image