Revolusi Nasional Indonesia | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ratu Juliana menandatangani kedaulatan doktrin kepada Republik Indonesia Serikat di Den Haag, 27 Disember 1949 | |||||
| |||||
Pihak yang terlibat | |||||
Empayar Jepun (dari 1946) |
Belanda (dari 1946)
Empayar British / Empayar Jepun (sehingga 1946) | ||||
Komandan dan pemimpin | |||||
Sukarno Mohammad Hatta Tan Malaka Sudirman Oerip Soemohardjo Sri Sultan Hamengkubuwana IX Syafruddin Prawiranegara Sutan Sjahrir Sutomo Soeharto Slamet Rijadi Abdul Haris Nasution Moestopo I Gusti Ngurah Rai Tjilik Riwut Achmad Tahir |
Simon Spoor Hubertus van Mook Willem Franken Clement Attlee Sir Philip Christison T.E.D Kelly Tjokorda Sukawati Sultan Hamid II Raymond Westerling | ||||
Kekuatan | |||||
Tentera Republika: 150,000 Pemuda: Anggaran 100,000 Bekas sukarelawan Tentera Imperial Jepun: 3,000 Pegawai Tentera India British: 600 |
Tentera Diraja Belanda: 20,000 (permulaan) - 180,000 (tetinggi) Tentera Diraja Hindia Timur Belanda: 60,000 British: 30,000+ (tertinggi)[1] | ||||
Kerugian dan korban | |||||
97,421 kematian tentera bersenjata Indonesia dan orang awam[2] |
~6,622 maut: 980 kematian tentera British [3] 4,585 kematian tentera Belanda[4] 1,058 kematian tentera Jepun |
Revolusi Nasional Indonesia ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara Indonesia dan Empayar Belanda. Revolusi ini berlaku antara detik pembacaan suatu "proklamasi" kemerdekaan oleh Indonesia pada tahun 1945 dan pengiktirafan kemerdekaan Indonesia oleh Belanda pada penghujung tahun 1949. Pergerakan kemerdekaan Indonesia bermula dalam tahun 1908, yang sekarang diperingati sebagai Tahun Kebangkitan Bangsa Indonesia.
Perjuangan kemerdekaan berlanjutan selama empat tahun dan melibatkan konflik bersenjata yang berdarah, pergolakan politik dan masyarakat Indonesia, dan campur tangan diplomatik besar sebanyak dua kali. Angkatan Belanda gagal menewaskan orang Indonesia.[5] Kendatipun angkatan Belanda berjaya mengawal bandar-bandar di wilayah yang dipegang pihak Republik di Pulau Jawa dan Sumatera, mereka tidak dapat menguasai kampung-kampung dalam kawasa-kawasan pedalaman. Justeru, Republik Indonesia akhirnya meraih kejayaan melalui usaha diplomatik antarabangsa dan dengan kegigihan orang Indonesia dalam pertempuran bersenjata di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain.[5]
Revolusi memusnahkan pentadbiran kolonial Hindia Timur Belanda yang telah memerintah Indonesia dari jauh di Belanda. Ia juga berusaha untuk menghapus sisa-sisa feudalisma yang masih mengakar pada kebanyakan raja-raja tempatan yang semasa kolonialisme sering bekerjasama dengan pihak penjajah Belanda. Revolusi tidak banyak meningkatkan keadaan ekonomi atau politik sebahagian besar penduduk, mahupun sebilangan kecil orang Indonesia dapat meraih peranan yang lebih besar dalam kegiatan komersial.