Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Perbincangan Wikipedia:Laku musnah

Hai Aurora, terima kasih kerana mengembalikan halaman pengguna saya daripada versi pelaku musnah. Saya baru sahaja melindungi halaman tersebut untuk mengelakkan perbuatan semula. — PM Poon 14:10, 12 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Berkonsepkan wiki, perbuatan laku musnah memang sukar dielakkan. Walau bagaimanapun, saya membahagikan mereka kepada dua kumpulan:

  1. Kump sekali-sekala - biasanya nak cuba sama ada betul-betul boleh menyunting atau tidak, saya sekadar mengembalikan ke versi sebelumnya.
  2. Pelaku musnah - kadang-kadang merupakan bot internet, jadi agak susah menangani. Saya cuma melindungi rencana atau memblok IP jika telah berlaku berkali-bali, lihat contoh di MGSS. Baru-baru ini juga ada serangan dari Korea, telah diblok oleh Yosri.

Pendek kata, gunakan pertimbangan anda, dan anda mungkin mahu menyahlindung laman / membuang blok IP setelah serangan tersebut reda.
...Aurora... 09:45, 13 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Aurora, setakat ini, saya cuma menyekat seorang pengguna sahaja, iaitu pengguna yang membuat sedikit perubahan pada pautan di Laman Utama supaya tidak dapat dikesan orang. Memang pengguna itu ada niat hendak melaku musnah.

Untuk yang lain, saya cuma menegur mereka supaya jangan mencipta halaman baru tanpa bahan-bahan. Saya tidak menyekat pengguna yang menulis di halaman pengguna saya (walaupun saya sedar akan perbuatan itu tiga setengah jam kemudian) kerana pengguna itu sebenarnya tidak merosakkan apa-apa.

Bagi saya, saya juga berpendapat bahawa terdapat dua jenis "pelaku musnah":

  • Yang ada niat nak melaku musnah;
  • Yang tiada niat, tetapi pelakuan itu boleh dianggapi sebagai pelakuan musnah.

Jika mengikut cara mahkamah, yang penting ialah niat. Jika tiada niat, tak payahlah kita menyekat mereka kecuali mereka membuat kali kedua selepas ditegur. Pada kes kali kedua, mereka tidak lagi dapat membelakan diri atas alasan "tidak tahu". Dengan kata yang lain, mereka ada niat nak melaku musnah.

Bagi kes Korea, saya berpendapat bahawa kita harus menyekat secara kekal kerana pengguna Korea bukan boleh membantu apa-apa di portal ini, selain daripada melaku musnah. Bagaimanapun, ini cuma pendapat saya.

Kemungkinan, konsep ini merupakan perbezaan antara saya dengan anda, iaitu cuma dari segi taraf kelonggaran (leniency). — PM Poon 10:13, 13 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Aurora, saya nampak bahawa bilangan pelaku musnah kelihatan jauh lebih daripada bilangan penyumbang yang sah! Saya berasa bahawa pelaksanaan penghapusan rencana yang dicipta oleh pelaku musnah terlalu makan masa walaupun mudah.

Kini, en:Wikipedia tidak mengizinkan pengguna-pengguna menyunting jika mereka tidak mendaftar nama kerana peristiwa rencana defamasi baru-baru ini. Googles juga tidak membenarkan pengguna mengirim pesanan dalam forum "Kumpulan" ("Groups") jika pengguna tidak mendaftarkan diri. Bagaimanapun, sesiapa yang tidak mendaftar diri masih boleh membaca rencana.

Jika anda bersetuju, baiklah kita mengikut en:Wikipedia dan Googles sahaja. Saya mengharap-harapkan bahawa anda akan mempunyai lebih masa untuk menyunting tatabahasa mana-mana satu rencana (nampaknya, anda tidak minat akan rencana saya, hahaha) kerana saya dapat membelajari daripada pembetulan anda. Dari 8 Februari sehingga hari ini, saya masih belum nampak bayang Miracynonix. Bagaimanapun, Miracynonix telah bersetuju untuk menyunting tatabahasa rencana "Mark Twain" tetapi tidak tahu bila. Diharap bahawa saya tidak perlu menunggu sampai lembu-lembu balik, hehehe. — PM Poon 13:22, 25 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Terdapat terlalu banyak user yang tak berdaftar memusnahkan artikel-artikel yang ditulis. perkara ini perlu tindakan segera, kalau tidak semua artikel di Wikipedia: Bahasa Melayu akan musnah. Harap ada tindakan susulan oleh pihak-pihak yang menguruskan Wikipedia:Bahasa Melayu. Master2841 21:28, 26 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Yosri, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:01, 26 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Aurora, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:02, 26 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Hayabusa, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:04, 26 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Hai Aurora, kalau anda bersetuju dengan penyekatan pengguna yang tidak mendaftarkan diri, saya boleh bertanya di MediaWiki atau di mana-mana sahaja. — PM Poon 10:55, 27 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *
Saya tak tahu bagaimana nak menyekat pengguna tak berdaftar daripada menyunting, kena tanya orang yang lebih arif. ...Aurora... 09:03, 27 Februari 2006 (UTC)[balas]
* * * * *

Saya tidak beberapa pasti seteruk mana rencana dimusnahkan oleh vandal, tetapi adalah ia telah sampai tahap kritikal? Saya pasti kita masih mampu menanganainya. Ini kerana kebanyakan penyumbang bahasa lain tidak mendaftar semasa mengemaskini pautan keWiki masing-masing, mungkin kesukaran memahami arahan pendaftaran. Selain itu, kita hendak menggalakkan penyumbang, mungkin terdapat satu dua yang mula-mula menyunting akan mencuba-cuba, tetapi kebanyakannya berhenti setelah saya tinggalkan pesanan test pada mereka. Yang mengulanginya atau dari negara asing, biasanya saya terus sekat 3 bulan - kekal, bergantung berapa serius. Saya percaya bahawa Wikipedia Inggeris menyekat pengguna tak berdaftar daripada menyunting akibat spam bot. Saya sendiri pernah cuba-cuba menyunting di Wiki Inggeris ketika mula mencebur diri. Sekiranya disekat terlalu awal, ditakuti membantutkan perkembangan WIkipedia Bahasa Melayu. Ps: Penapis spam sedang dimajukan di Meta Wiki. Lihat http://meta.wikimedia.orgview.php?sq=PHP&lang=ms&q=Spam_Filter Yosri 11:20, 27 Februari 2006 (UTC)[balas]

* * * * *

Nampaknya aktiviti pelaku musnah ini sudah makin berleluasa (atau saya baru sedar kerana saya baru mengaktifkan diri). Saya tak berani untuk berbuat apa-apa ke atas mereka kerana saya rasa saya bukanlah orang yang sepatutnya. Harap kita dapat mengawal dan mencegah aktiviti ini sebelum parah yang boleh mencacatkan wikipedia bahasa Melayu. Terima kasih kerana membantu memulihkan dan menambah baik artikel saya. Polar <:-( 20:20, 27 Februari 2006 (UTC)[balas]

Saya rasa perbuatan pelaku musnah masih belum terlalu serius. Jika masih hanya melakukannya secara kecil-kecilan, ini juga sering terjadi pada wiki2 lainnya — untuk masalah ini kita dapat merevert halaman tersebut atau menyekat sang pelaku musnah. Jika sudah sampai tahap melakukan 'blanking' kepada misalnya 10 halaman sekaligus barulah perlu tindakan pencegahan yang lebih efektif. Hayabusa future 03:45, 28 Februari 2006 (UTC)[balas]

Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image