Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Peranakan Cina

Peranakan Cina
Gambar perkahwinan pasangan Peranakan Baba Nyonya – Chung Guat Hooi, anak perempuan Kapitan Chung Thye Phin and Khoo Soo Beow, anak lelaki Khoo Heng Pan di Pulau Pinang– diambil dari muzium Penang
Jumlah penduduk
8,000,000 (dianggar)[1]
Kawasan ramai penduduk
Indonesia, Malaysia, Singapura[2], Thailand (Phuket dan Ranong)[3]
Bahasa
Bahasa Baba ,Bahasa Melayu , Bahasa Malaysia , Hokkien Pulau Pinang dan Bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Bahasa Jawa, Bahasa Betawi, Bahasa Siam , Bahasa Thai Selatan
Agama
Buddha Mahayana, Kristian, Konfusianisme, Taoisme, Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Diaspora cina, Tionghoa Benteng, Tionghoa pulau Bangka, Cina Malaysia, Cina Thai, Cina Singapura, Tionghoa Indonesia , Kiau Seng , Baba Yaya
Peranakan Cina
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina峇峇娘惹
Thai name
Thaiบาบ๋า-ย่าหยา/Baba Yaya
Melayu
MelayuCina Peranakan/Cina Selat/Baba Nyonya
بابا ڽوڽا (Jawi)
Indonesia
IndonesiaTionghoa Selat/Kiau Seng

Peranakan Cina (Tulisan Jawi:ڤرانقن چينا) adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka(asal), Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Terdapat juga Cina Peranakan ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung (Ranong) bernama Baba Yaya dan di Indonesia (Tangerang, Medan, Kepulauan Riau & Bangka Belitung) bernama Kiau Seng. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina atau Melayu tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka mengamalkan cara hidup Melayu dan Cina , mereka amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [4] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu , Jawa dan Siam. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu , Jawa atau Siam kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam yang amat popular di kalangan remaja.

  1. ^ "Chinese Indonesians can't be put in boxes". The Jakarta Post. 26 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  2. ^ Peranakan Publications. "Tionghua Indonesian Chinese Peranakans". Peranakan.hostoi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2013. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  3. ^ Caroline S. Hau (2014). The Chinese Question: Ethnicity, Nation, and Region in and Beyond the Philippines. NUS Press. m/s. 251. ISBN 978-9971-69-792-1.
  4. ^ Victor Purcell. Orang-orang Cina di Tanah Melayu, m.s. 66, 1997. Penterjemah: Nik Hasnaa Nik Mahmood, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 983-52-0095-5.

Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image