Pengepungan Malta | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah Perang Dunia II | |||||||
Anggota perkhidmatan dan orang awam membersihkan runtuhan bangunan dari Kingsway di Valletta pada 1942 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Australia Naval support: |
Itali Jerman Nazi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Andrew Cunningham William Dobbie Hugh Lloyd Keith Park |
Hans Geisler Albert Kesselring Martin Harlinghausen Francesco Pricolo | ||||||
Kekuatan | |||||||
716 pesawat pejuang di sepanjang kempen[2] | s. 2,000 pesawat di sepanjang kempen | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
369 pesawat pejuang (udara) 64 pesawat pejuang (darat)[2] 1 Kapal tempur[3] 2 kapal induk[3] 4 kruiser[4] 19 kapal pembinasa[4] 38 kapal selam[3] 2,301 laskar udara terbunuh atau cedera[5] 30,000 bangunan musnah atau rosak[6] 1,300 orang awam terkorban[6] |
357 pesawat Jerman 175 pesawat Itali[2] 72 peratus armada pengangkut Tentera Laut Itali musnah 23 peratus armada dagang Paksi musnah[7] 2,304 kapal dagang tenggelam[8] 17,240 terbunuh di laut[9] ~50 U-boot Jerman (dalam keseluruhan MTO)[3] kapal selam Itali hilang ~16[3] |
Pengepungan Malta dalam Perang Dunia II adalah satu kempen ketenteraan di Kancah Mediterranean. Dari Jun 1940 hingga November 1942, pertempuran untuk menguasai pulau strategik Jajahan Mahkota Malta British ini membabitkan tentera udara dan tentera laut Fasis Itali dan Jerman Nazi melawan Tentera Udara Diraja (RAF) dan Royal Navy.
Pembukaan medan baru di Afrika Utara pada Jun 1940 meningkatkan nilai Malta yang sangat tinggi. Tentera udara dan laut British yang berpangkalan di pulau itu dapat menyerang kapal-kapal tentera Paksi yang mengangkut bekalan-bekalan utama dan bantuan tentera dari Eropah; Churchill menamakan pulau ini sebagai "kapal induk yang tak boleh tenggelam".[10] Jeneral Erwin Rommel, panglima perang de facto tentera Paksi di Afrika Utara, dengan cepat mengakui kepentingannya. Pada Mei 1941, beliau memberi amaran bahawa "Tanpa Malta penguasaan Paksi akan hilang di Afrika Utara".[1]
Pihak Paksi memutuskan untuk mengebom atau membuat Malta kebuluran sehingga ia menyerah, dengan menyerang pelabuhan, bandar, kota raya, dan kapal-kapal Pihak Bersekutu yang membekalkan pulau itu. Malta merupakan salah sebuah kawasan yang paling teruk di bom semasa peperangan. Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) dan Regia Aeronautica (Tentera Udara Diraja Itali) menerbangkan sejumlah 3,000 pengeboman, menggugurkan 6,700 tan bom ke atas kawasan Grand Harbour sahaja,[11] selama dua tahun dalam usaha menghancurkan pertahanan RAF dan pelabuhan.[12] Kejayaan akan memungkinkan gabungan pendaratan amfibia (Operasi Herkules) Jerman–Itali yang disokong oleh pasukan airborne (Fallschirmjäger) Jerman, tetapi ini tidak berlaku. Akhirnya, konvoi Sekutu dapat membekal dan memperkuatkan Malta, sambil RAF mempertahankan ruang udaranya, walaupun menanggung kos yang tinggi dari segi materiel dan nyawa. Pada November 1942 pihak Paksi kalah dalam Pertempuran El Alamein Kedua, dan tentera Bersekutu mendarat di Maghribi Perancis Vichy dan Algeria dibawah Operasi Torch. Pihak Paksi mengalihkan ketumbukan mereka ke Pertempuran Tunisia, dan serangan ke atas Malta dikurangkan. Kepungan tersebut tamat sepenuhnya pada November 1942.[1]
Pada Disember 1942, tentera udara dan laut yang beroperasi dari Malta beralih ke ofensif. Menjelang Mei 1943, mereka telah menenggelamkan 230 kapal Paksi dalam masa 164 hari, kadar kejayaan tertinggi Sekutu dalam peperangan.[13] Kemenangan pihak Bersekutu di Malta memainkan peranan besar dalam kejayaan Bersekutu di Afrika Utara.