Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Loudspeaker (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Pembesar suara, pengeras suara atau penguat suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.
Dalam setiap sistem pembesar ini juga mutu suara dapat ditentukan di samping juga peralatan pengolah suara sebelumnya yang masih mengalirkan isyarat elektrik dalam rangkaian penguat.
Sistem pada pengeras suara adalah suatu komponen yang mengubah kode isyarat elektronik terakhir menjadi suatu gerakan mekanik. Suara yang terakam pada pita magnet atau kepingan CD dan DVD juga dapat dihasilkan semula dalam bentuk didengari setepat ketika ia dirakam.