Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Peledak dalaman

Peledak dalaman Mark IX AS WW2. Bergaris arus dan dilengkapi dengan sirip untuk memberikan putaran, membiarkannya jatuh secara lurus dengan peluang rendah menyimpang dari sasaran. Peledak dalaman ini mengandungi 200 paun (91 kg) Torpex.

Peledak dalaman ialah sejenis senjata peperangan anti-kapal selam (ASW). Ia bertujuan untuk memusnahkan kapal selam dengan dijatuhkan ke dalam air yang berhampiran dan meletup, memberikan sasaran satu gegaran hidraulik yang sangat kuat dan memusnahkan. Kebanyakan peledak dalaman menggunakan bahan letupan tinggi dan fius yang ditetapkan untuk meletup, biasanya pada kedalaman tertentu. Peledak dalaman boleh dijatuhkan oleh kapal, pesawat peronda, dan helikopter.

Peledak dalaman telah dibangunkan semasa Perang Dunia I, dan merupakan salah satu kaedah pertama yang efektif untuk menyerang kapal selam di bawah air. Ia digunakan secara meluas dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Ia kekal menjadi sebahagian daripada senjata anti-kapal selam kebanyakan tentera laut semasa Perang Dingin. Peledak dalaman kini telah banyak digantikan oleh homing torpedo anti-kapal selam.

Mk 101 Lulu adalah bom kedalaman nuklear AS yang beroperasi dari 1958-1972

Peledak dalaman yang dilengkapi dengan bom nuklear juga dikenali sebagai "bom kedalaman nuklear". Ia dicipta untuk dijatuhkan dari pesawat peronda atau diatur gerak oleh peluru berpandu anti-kapal selam dari kapal permukaan, atau kapal selam lain, yang terletak dalam jarak selamat. Pada akhir tahun 1990an kesemua senjata nuklear anti-kapal selam telah ditarik balik dari perkhidmatan oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Rusia dan China. Mereka telah digantikan oleh senjata konvensional yang mana ketepatan dan jarak telah banyak dipertingkatkan seiring dengan peningkatan teknologi ASW.


Previous Page Next Page