Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا سابه | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Malaysian United Indigenous Party of Sabah |
Nama Bahasa Cina | 土著团结党 |
Nama Bahasa Tamil | மலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி |
Singkatan |
|
Pemimpin | Ronald Kiandee |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Pengasas | Mahathir Mohamad Muhyiddin Yassin Hajiji Noor |
Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Penggabungan kebangsaan | Sebagai ahli:
Rakan gabungan:
|
Dewan Negara Malaysia | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia | 1 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 0 / 607
|
Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia (Ketua Menteri Sabah) | 0 / 13
|
Bendera parti | |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bahasa Inggeris: Malaysian United Indigenous Party of Sabah), juga disingkatkan sebagai Bersatu Sabah dan kadangkala ditulis sebagai PPBM Sabah, ialah sebuah cawangan atau cabang parti politik di Sabah, Malaysia. Bersatu Sabah semasa dibawah pemerintahan Hajiji Noor ialah hasil pecahan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pusat.[1] Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bersatu Sabah) ialah satu-satunya cawangan Bersatu yang bergerak tanpa arahan dari pemimpin pusat seolah-olah parti Bersatu Sabah ialah parti mandiri lokal dari Negeri Sabah.
Parti ini diarah oleh Hajiji Noor dan terbina mandiri selepas kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2] Bukti lain ialah, Pengerusi Parti GRS, Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 akan datang, bertentangan dengan Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan BN dan GPS sebagai musuh utamanya.[3] Berbeza dengan bahagian Bersatu di Semenanjung dan Sarawak yang tidak menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan dibawah Anwar Ibrahim, Bersatu Sabah pula menyokong kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dan mempunyai jawatan kabinet di dalam Kabinet Anwar Ibrahim.[4]