Parti Kebangsaan Scotland (bahasa Inggeris: Scottish National Partycode: en is deprecated , kependekan: SNP; Gaelik Scotland: Pàrtaidh Nàiseanta na h-Albacode: gd is deprecated , Scots: Scots Naitional Pairtiecode: sco is deprecated ) ialah sebuah parti politik nasionalis dan demokrasi sosial[8][9] di Scotland. SNP menyokong dan berkempen untuk kemerdekaan Scotland. Ia merupakan parti politik terbesar di Scotland dengan pegangan kerusi terbanyak di Parlimen negara tersebut dan kerusi-kerusi Scotland di Parlimen United Kingdom. Bahkan, ia mempunyai keahlian ketiga terbesar dalam kalangan parti-parti politik United Kingdom serta jumlah bilangan perwakilan di Dewan Rakyat selepas Parti Konservatif dan Parti Buruh. Ketua parti ini, Nicolas Sturgeon telah berkhidmat sebagai Menteri Pertama Scotland sejak 20 November 2014.
Parti ini dibentuk pada tahun 1934 dengan pengabungan Parti Nasionalis Scotland dengan Parti Scotland. Ia telah mempunyai perwakilan berterusan di dalam Parlimen Scotland perwakilan sejak Winnie Ewing memenangi pilihan raya kecil Hamilton 1967. Apabila Parlimen Scotland yang didevolusikan terbentuk pada tahun 1999, SNP menjadi parti kedua terbesar berkhidmat sebagai parti pembangkang selama dua penggal. SNP mendapat peningkatan besar pengaruh mereka dengan perolehan kerusi dalam pilihan raya umum Scotland 2007, seterusnya membentuk kerajaan minoriti. Mereka kemudiannya memenangi pilihan raya umum seterusnya pada 2011 dan membentuk kerajaan majoriti pertama Parlimen Scotland.[23]
SNP adalah parti politik yang terbesar di Scotland dari segi keahliannya yang mencapai lebih 120,000 orang ahli pada Julai 2016, iaitu sekitar 2% penduduk Scotland. Ia kini mempunyai 63 ahli Parlimen negeri, 44 ahli Dewan Rakyat dan lebih 400 ahli majlis perbandaran;[24] parti ini tidak mempunyai apa-apa anggota dalam Dewan Pertuanan selaras pendirian parti menyokong penghapusan dewan tinggi tersebut.[25][26] SNP adalah ahli Pakatan Bebas Eropah.
^Keen, Richard; Audickas, Lukas (3 September 2018). "Membership of UK Political Parties"(PDF). Parliament of the United Kingdom. m/s. 12. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 30 September 2017. Dicapai pada 30 September 2017. The SNP membership rose from 118,162 in April 2018 to 125,482 in August 2018, according to information from the Party’s Central Office.
^Hassan, Gerry (2009), The Modern SNP: From Protest to Power, Edinburgh University Press, m/s. 5, 9
^Massetti, Emanuele (2018), Left‑ wing regionalist populism in the 'Celtic' peripheries: Plaid Cymru and the Scottish National Party's anti‑austerity challenge against the British elites, Comparative European Politics
^Hassan, Gerry; Barrow, Simon (1 May 2018). A Nation Changed?: The SNP and Scotland Ten Years on. ISBN9781910324998. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2021. Dicapai pada 21 March 2021. Edited by Gerry Hassan and Simon Barrow. Chapter author - Joyce McMillan. Published in 2017, in Glasgow, Scotland. Published by Bell and Bain Ltd. Retrieved via Google Books.