Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pandemik COVID-19 di Kelantan

Pandemik COVID-19 di Kelantan
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiKelantan, Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan13 Mac 2020
(4 tahun, 7 bulan dan 6 hari)
Kes yang disahkan188,271
Kes aktif8,956
Kes kritikal16
Sembuh178,029
Kematian
1,286
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&00.6800000.68%
Wilayah
Jajahan
10/10 (Kumulatif)
10/10 (Aktif 14 hari)
Daerah
66/66 (Aktif 14 hari)

Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Kelantan pada 13 Mac 2020 iaitu 3 kes pertama yang berkaitan dengan Kluster Jemaah Tabligh Sri Petaling dan telah dirawat di Hospital Kuala Krai.[1]

Kelantan merekodkan kematian pertama COVID-19 pada 21 Mac 2020 melibatkan kes berumur 69 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, Kota Bharu.[2]

Pada 3 Jun 2020, Kelantan diisytiharkan sebagai zon hijau setelah kes ke-156 positif COVID-19 di negeri itu yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua telah disahkan sembuh.[3] Kelantan mula mencatatkan peningkatan mendadak kes COVID-19 pada Oktober 2020 impak daripada gelombang ketiga yang dilanda negara sejak 20 September 2020.[4]


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image