Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Muhammad Fuad Stephens | |
---|---|
Ketua Menteri Sabah pertama | |
Dalam jawatan 16 September 1963 – 31 Disember 1964 | |
Timbalan | Datuk Gunsanad Samson Sundang |
Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
Digantikan oleh | Tan Sri Peter Lo Sui Yin |
Ketua Menteri Sabah ke-5 | |
Dalam jawatan 18 April 1976 – 6 Jun 1976 | |
Timbalan | Datuk Harris Mohd. Salleh |
Didahului oleh | Tun Mohd Said Keruak |
Digantikan oleh | Datuk Harris Mohd. Salleh |
Kawasan pilihan raya | Kiulu (1976) |
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-3 | |
Dalam jawatan 16 September 1973 – 28 Julai 1975 | |
Didahului oleh | Tun Pengiran Ahmad Raffae |
Digantikan oleh | Tun Mohd Hamdan Abdullah |
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia | |
Dalam jawatan 1968–1973 | |
Didahului oleh | Mohamed Baba |
Digantikan oleh | Tun Dr. Awang Hassan |
Huguan Siou of the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) | |
Dalam jawatan 1960–1976 | |
Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
Digantikan oleh | Tan Sri Joseph Pairin Kitingan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) | 14 September 1920
Meninggal dunia | 6 Jun 1976 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | (umur 55)
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu |
Parti politik | UNKO (1961-1964), UPKO (1964-1967), BERJAYA (1975-1976) |
Pasangan | Toh Puan Rahimah Stephens (m.1958-d.1976) |
Anak-anak | Johari Stephens (1952), Affendi Stephens (1958), Asgari Stephens (1960), Faridah Stephens (1962), Fauziah Stephens (1958) |
Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Muhammad Fuad bin Stephens (dilahirkan sebagai Donald Aloysius Marmaduke Stephens; 14 September 1920 – 6 Jun 1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga. Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau juga merupakan "Huguan Siou" atau "Paramount Leader" yang pertama bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.