Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Min aritmetik

Dalam bidang statistik, min aritmetik ialah satu kaedah untuk menghitung kecenderungan memusat bagi suatu ruang sampel. Istilah "min aritmetik" lebih diutamakan daripada sekadar "min" atau "purata" dalam bidang matematik kerana boleh dibezakan dengan purata-purata jenis lain seperti min geometri dan min harmoni.

Min aritmetik boleh dihitung dengan mencampurkan semua unsur dalam ruang sampel yang berkenaan dan membahagikan hasil tambah itu dengan bilangan unsur yang terdapat dalam ruang sampel tersebut.

Secara umumnya, min digunakan dalam pengiraan kecenderungan memusat kecuali nilai ekstrem (nilai terpisah) wujud.


Previous Page Next Page