Mihai I | |
---|---|
Raja Romania | |
Pemerintahan pertama | 20 Julai 1927 – 8 Jun 1930 |
Didahului oleh | Raja Ferdinand I |
Diikuti oleh | Raja Carol II |
Pemangku raja | Lihat
|
Pemerintahan ke-2 | 6 September 1940 – 30 Disember 1947 |
Kemahkotaan | 6 September 1940 |
Didahului oleh | Raja Carol II |
Diikuti oleh | Pemerintahan beraja dimansuhkan |
Keputeraan | Istana Peleș, Sinaia, Romania | 25 Oktober 1921
Kemangkatan | 5 Disember 2017 (berumur 96 tahun) Aubonne, Switzerland |
Pemakaman | Curtea de Argeș |
Pasangan | Permaisuri Anne dari Bourbon-Parma (k. 1948; mangkat 2016) |
Anakanda | Puteri Mahkota Margareta Puteri Elena Puteri Irina Puteri Sophie Puteri Maria |
Kerabat | Hohenzollern-Sigmaringen |
Ayahanda | Raja Carol II dari Romania |
Bonda | Puteri Helen dari Yunani dan Denmark |
Agama | Ortodoks Romania |
Tandatangan |
Mihai I (Romania: Mihai I [miˈhaj] (lahir 25 Oktober 1921) memerintah sebagai Raja Romania (Romania: Maiestatea Sa Mihai I Regele Românilor , secara harfiahnya "Tuanku Michael I Raja bagi Rakyat Romania") bermula pada 20 Julai 1927 sehingga 8 Jun 1930, dan sekali lagi bermula pada 6 September 1940, sehingga dipaksa turun takhta oleh puak komunis Romania yang disokong oleh Joseph Stalin dengan memberi arahan kepada tentera pendudukan Soviet pada 30 Disember 1947. Selain merupakan penuntut ke atas takhta Romania (kini Romania dan Moldova), beliau juga merupakan Putera Hohenzollern.[1][2][3]
Baginda merupakan piut kepada Ratu Victoria melalui ibubapa beliau dan tiga-pupu kepada Ratu Elizabeth II. Michael juga merupakan salah seorang ketua negara terakhir yang masih hidup dari Perang Dunia Kedua sehingga kemangkatannya,[4][5][6][7] selain daripada Simeon II dari Bulgaria [8] dan Norodom Sihanouk dari Kemboja.