Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Metallica

Metallica
Metallica live di London, 2008. Dari kiri: Kirk Hammett, Lars Ulrich, James Hetfield, Robert Trujillo.
Latar belakang
Berasal dariLos Angeles, California, USA
GenreHeavy metal
Thrash metal
Hard rock
Speed metal
Tahun aktif1981 – kini
Syarikat rakaman
Warner Bros., Elektra, Vertigo, Megaforce, Sony (Jepun)
Pengkarya berkait
Megadeth, Spastik Children, Leather Charm, Panic
Laman sesawang
www.metallica.com
AhliJames Hetfield
Lars Ulrich
Kirk Hammett
Robert Trujillo
Bekas ahliRon McGovney
Dave Mustaine
Cliff Burton
Jason Newsted

Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Diasaskan apabila Lars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Robert Trujillo.

Album keluaran awal Metallica merangkumi tempo yang pantas, instrumental, dan pemuzikan yang agresif yang menempatkan mereka dalam salah satu "big four" dalam subgenre Thrash metal seiring dengan Slayer, Megadeth dan Anthrax.[1] Kumpulan muzik ini mendapat peminat yang semakin meningkat dalam komuniti dan pengkritik muzik underground, dengan keluarnya Master of Puppets pada tahun 1986 digambarkan sebagai salah satu album "heavy" thrash metal yang paling berpengaruh. Kumpulan muzik ini memperolehi kejayaan komersil yang memberangsangkan dengan album Metallica pada tahun 1991, yang mana berjaya meraih No. 1 dalam Billboard 200. Hasil kejayaan pengeluaran album ini, mereka mengembangkan arah tuju muzikal yang membawa kepada penghasilan album yang lebih mainstream.

Pada tahun 2000, Metallica merupakan salah satu artis/kumpulan muzik yang menfailkan saman menentang Napster atas pengagihan bahan-bahan cetak terpelihara secara percuma tanpa persetujuan daripada Metallica.[2] Akhirnya Napster menjadi perkhimatan guna-bayar setelah perjanjian tercapai. Walaupun mencapai No. 1 dalam Billboard 200, keluaran album St. Anger tidak disenangi oleh kebanyakan peminat kerana ketiadaan solo - solo gitar dan rentak drum yang terlalu agresif. Satu filem bertajuk Some Kind of Monster mendokumentasi proses merekod album tersebut.

Metallica telah mengeluarkan sebelas studio album, dua album live, dua Extended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tiga singles. Kumpulan muzik ini telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, dan mempunyai tiga album No. 1 dalam Billboard 200, menjadikan Metallica satu - satunya kumpulan muzik paling teratas dalam carta sebanyak lima kali berturut-turut. Album tahun 1991 (Metallica), telah dijual sebanyak 15 juta salinan di Amerika Syarikat, dan 22 juta salinan seluruh dunia, yang mana membuatkan penjualan album 25th tertinggi di negara tersebut. Kumpulan muzik ini telah menjual lebih kurang 100 juta rekod seluruh dunia setakat pengeluaran album terbaru mereka Death Magnetic. Setakat pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan menjejak hasil jualan pada 25 Mei 1991, jumlah jualan 51,136,000 album di Amerika Syarikat sahaja.[3] Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling terkenal hari ini, dan kegiatan penjualan yang terbesar.

Metallica Juga pernah mengalami Masa Sulit Dimana James Hetfield (Rhythm Gitar) Dimasukkan Ke Rehabilitas Atas Masalah Kecanduan Alkohol Pada tahun 1999,2001,2017,2019.Kirk Hammett (Gitar Utama)pernah meninggalkan Metallica selama 3 minggu atas masalah peribadi.[1]

  1. ^ a b "Get Thrashed: The Story of Thrash Metal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-25. Dicapai pada 2009-04-12.
  2. ^ Metallica menyaman Napster - Forbes.com
  3. ^ "Top 15 Album Acts of the Bar-Code Era". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 2008-11-03.

Previous Page Next Page






Metallica AF Metallica ALS Metallica AN Metallica ANG ميتاليكا Arabic ميتاليكا ARZ Metallica AST Metallica AZ متالیکا AZB Metallica BAN

Responsive image

Responsive image