Megafauna berkarisma ialah spesies haiwan besar diminati ramai yang digunakan oleh aktivis alam sekitar untuk mencapai matlamat pemuliharaan yang tidak terhad kepada spesies-spesies yang terpilih. Contohnya: singa Asia, harimau Benggala, panda gergasi, dan paus biru.
Aktivis alam dan ekopelancongan berniat untuk menggunakan kesohoran spesies-spesies yang terkenal dan berkarisma untuk mencapai matlamat yang tajam dan meluas dalam memperjuangkan pemuliharaan spesies dan biodiversiti.
Serangkap editorial dalam majalah The Economist berpandangan bahawa megafauna berkarisma terdedah kepada "taksonomi biologi", yang mana ahli taksonomi mengisytiharkan sesuatu subspesies menjadi species semata-mata demi faedah mendukung sesuatu spesies, tanpa perlunya bukti sains yang baru.[1] Salah satu lagi dalil untuk mengembung taksonomi spesies adalah kerelaan orang awam untuk mengenali spesies itu sebagai tarikan utama di seluruh industri ekopelancongan. Mengikut persepsi awam, ekopelancongan mungkin bertujuan melihat spesies, maka "penaikan" bilangan spesies yang unik dipercayai boleh meningkatkan biodiversiti ekopelancongan dan nilai sesebuah kawasan.[2][3]
Mulai awal abad ke-20, usaha-usaha memperkenalkan semula megafauna karisma yang kian pupus ke dalam ekosistem telah menjadi minat sebilangan pertubuhan pemuliharaan swasta dan bukan kerajaan.[4] Pelbagai spesies telah diperkenalkan semula dari program pembiakan berkurung (Kondor California) dan zoo (Bison Eropah ke Hutan Białowieża, Poland).[5] Proses pengenalan semula sedemikian, seperti mengembalikan kuda Przewalski ke habitat asalnya di Mongolia, selama ini terhad kepada kawasan terhad berbanding liputan asalnya dalam sejarah.[6]
|coauthors=
(bantuan)
|coauthors=
(bantuan)
|month=
ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); line feed character in |title=
at position 50 (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); line feed character in |title=
at position 48 (bantuan)