"Perang Patriotik Besar" dilencongkan di sini.
Barisan Timur |
---|
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua |
Dari atas kiri mengikut jam: Kereta kebal T-34 Soviet di Berlin; Kereta kebal Tiger I Jerman semasa Pertempuran Kursk; Pengebom junam Stuka Jerman di Barisan Timur, musim sejuk 1943–1944; Pembunuhan Yahudi oleh Einsatzgruppen Jerman di Ukraine; Wilhelm Keitel menandatangani Instrumen Penyerahan Kalah Jerman; Tentera Soviet dalam Pertempuran Stalingrad |
Tarikh | 22 Jun 1941 (1941-06-22) – 09 Mei 1945 (1945-05-09) (3 tahun, 10 bulan, 2 minggu dan 3 hari) |
---|
Lokasi | |
---|
Keputusan |
Kemenangan muktamad Bersekutu, berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah (serentak dengan Barisan Barat), kemusnahan Jerman Nazi
|
---|
Perubahan wilayah |
Pembahagian Jerman |
---|
|
Pihak yang terlibat |
---|
Kuasa Paksi
Jerman Nazi Romania (hingga 1944) Hungary Itali (hingga 1943) Bulgaria (hingga 1944) Finland (hingga 1944)
Negara boneka Paksi Slovakia Croatia |
Pihak Bersekutu
Kesatuan Soviet
Poland
Czechoslovakia (dari 1943)
Yugoslavia (dari 1944)
Tuva (dari 1944)
Bekas kuasa Paksi atau rakan subahat perang Romania (dari 1944)
Bulgaria (dari 1944)
Finland (dari 1944)
Peranan Udara sahaja
Perancis (1943–45)
United Kingdom (1941)
Amerika Syarikat (1944) |
Komandan dan pemimpin |
---|
Adolf Hitler (Pemerintah Tertinggi) Ernst Busch Heinz Guderian Ewald von Kleist Gunther von Kluge Georg von Kuchler Wilhelm Ritter von Leeb Wilhelm List Erich von Manstein Walter Model Friedrich Paulus(Menyerah kalah) Gerd von Rundstedt Fedor von Bock † Felix Steiner Ferdinand Schörner Erhard Raus Walther von Reichenau Helmuth Weidling(Menyerah kalah)
Ion Antonescu Petre Dumitrescu Constantin Constantinescu Gheorghe Avramescu † Radu Korne Ioan Dumitrache Mihail Lascăr Leonard Mociulschi Carl Gustaf Emil Mannerheim Karl Lennart Oesch Gusztáv Vitéz Jány Miklós Horthy Benito Mussolini Giovanni Messe Italo Gariboldi Vincenzo LaCorte di Leuca I Viktor Pavičić † Marko Mesić Ferdinand Čatloš Augustín Malár |
Joseph Stalin (Pemerintah Tertinggi) Georgy Zhukov Nikandr Chibisov Ivan Konev Vasily Chuikov Rodion Malinovsky Ivan Bagramyan Ivan Fedyuninsky Valerian Frolov Vasiliy Gordov Leonid Govorov Mikhail Kirponos † Mikhail Khozin Fyodor Kuznetsov Ivan Maslennikov Kirill Meretskov Dmitry Pavlov(Dihukum mati) Ivan Petrov Markian Popov Maxim Purkayev Pavel Rotmistrov Semyon Timoshenko Fyodor Tolbukhin Aleksandr Vasilevsky Nikolai Vatutin(Mati cedera) Kliment Voroshilov Andrei Yeremenko Matvei Zakharov Aleksei Antonov Konstantin Rokossovsky Josip Broz Tito Koča Popović Peko Dapčević Kosta Nađ Petar Drapšin Zygmunt Berling Karol Świerczewski Michał Rola-Żymierski Mihai I dari Romania Nicolae Rădescu Constantin Sănătescu Pierre Pouyade Winston Churchill Heliodor Píka |
Kekuatan |
---|
1941
- 3,767,000 anggota tentera
1943
- 3,933,000 anggota tentera
1945
- 1,960,000 anggota tentera
|
1941
- 2,680,000 anggota tentera
1943
- 6,724,000 anggota tentera
1945
- 6,410,000 anggota tentera
|
Barisan Timur atau Perbatasan Timur ialah medan pertempuran Perang Dunia Kedua di antara kuasa Paksi Eropah dan rakan-rakan subahatnya Finland menentang Kesatuan Soviet, Poland, Norway dan beberapa negara Sekutu lain yang merangkumi Eropah Utara, Selatan, Tengah dan Eropah Timur dari 22 Jun 1941 hingga 9 Mei 1945. Ia dikenali sebagai Perang Patriotik Agung/Perang Patriotik Besar (Rusia: Великая Отечественная Война; Bahasa Ukraine: Велика Вітчизняна війн (sebelum 2015); Bahasa Belarus: Вялікая Айчынная вайна) di bekas Kesatuan Soviet dan Rusia dan negara bekas Kesatuan Soviet yang lain, manakala di Jerman ia dipanggil Medan Timur (Jerman: die Ostfront), Kempen Timur (Jerman: der Ostfeldzug) atau Kempen Rusia (Jerman: der Rußlandfeldzug). Perang ini juga kini dikenali sebagai Perang Jerman-Soviet (Bahasa Jerman: Deutsch-Sowjetischer Krieg; Bahasa Ukraine: Німецько-радянська війна (selepas 2015)) di Jerman dan Ukraine.
Pertempuran di Barisan Timur merupakan konfrontasi tentera yang terbesar dalam sejarah. Medan perang ini telah disifatkan dengan keganasan yang belum pernah berlaku, kemusnahan yang sangat dahsyat, pengusiran besar-besaran dan kehilangan nyawa yang begitu banyak sekali akibat peperangan, kebuluran, terdedah pada cuaca sejuk, penyakit, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain faktor kematian kesan daripada perperangan. Medan Timur, iaitu tempat majoriti kesemua kem penghapusan, kawat maut, ghetto, lokasi majoriti penghapusan etnik atau genosid yang berlaku di Kancah Eropah Perang Dunia Kedua dan juga merupakan pusat utama Holokus ketika Perang Dunia Kedua. Daripada lebih kurang 70 juta orang terkorban disebabkan Perang Dunia II, hampir 30 juta maut yang kebanyakannya orang awam berlaku di Barisan Timur. Medan Timur memuktamadkan perjalanan Perang Dunia Ketua yang akhirnya menyebabkan punca utama kekalahan Jerman. Ia mengakibatkan kekalahan dan kehancuran Reich Ketiga, pembahagian Jerman selama hampir setengah abad dan kebangkitan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar tentera dan industri sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991.
Dua kuasa utama yang berperang adalah Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet, bersama dengan sekutu dan negara rakan subahat (seperti Finland sebelum tahun 1944) masing-masing. Walaupun tidak terlibat di Barisan Timur, United Kingdom dan Amerika Syarikat memberi banyak bantuan material kepada Kesatuan Soviet, tapi mereka gagal memenuhi kuota spesifik yang dipersetujui sebelum ini. Perang Soviet-Finland Kedua pula berlaku di rusuk utara Medan Timur. Di tambah lagi, operasi bersama Jerman-Finland yang merentasi sempadan paling utara Finland–Soviet dan di Wilayah Murmansk yang juga dianggap sebahagian daripada Medan Timur.