Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mani Ratnam

Mani Ratnam
Mani Ratnam at the premiere of Raavan in 2010
Kelahiran
Gopala Ratnam Subramaniam

(1956-06-02) 2 Jun 1956 (umur 68)
Madurai, Tamil Nadu, India[1][2]
PekerjaanPengarah filem
Penerbit filem
penulis skrip
Tahun aktif1983–present
PasanganSuhasini Maniratnam (1988–present)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "size"

Mani Ratnam (Lahir sebagai Gopala Ratnam Subramaniam pada 2 June 1956) merupakan Pengarah, penerbit dan penulis skrip filem India yang lebih tertumpu kepada Industri filem Tamil. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Tamil Brahmin di Madurai, Ratnam bekerja sebagai pakar runding pengurusan sebelum memasuki karier industri perfileman India. Dia membuat debut arahan beliau dengan Filem Bahasa Kannada Pallavi Anu Pallavi pada tahun 1983 dan memenangi Anugerah Filem Negeri Karnataka bagi Lakon Layar Terbaik dalam filem pertama itu. Kemudian beliau mengarahkan Filem Bahasa Malayalam Unaru pada tahun 1984 dan filem Tamil Pagal Nilavu ​​pada tahun 1985. Ratnam menjadi terkenal selepas mengarahkan filem Tamil Mouna Ragam (1986), sebuah filem tentang geseran antara pasangan yang baru berkahwin.Beliau membuat kemunculan dalam industri perfileman Bahasa Telugu dengan filem yang memenangi Anugerah Filem Kebangsaan , Geethanjali.Ratnam juga dikenali kerana "trilogi Pengganas" yang terdiri daripada Roja (1992), Bombay (filem) (1995) dan Dil Se(1998). Beliau secara meluas dianggap sebagai salah satu daripada pengarah terkemuka di Industri Perfileman India.Ratnam secara meluas dipuji kerana merevolusikan industri perfileman Tamil dan mengubah profil Industri perfileman India. Filem arahan Mani Ratnam, Nayagan (1987) dan Anjali (1990) telah dikemukakan oleh India untuk pertimbangan Anugerah Akademi dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Filem arahan beliau, Nayagan juga terpilih oleh majalah Time sebagai 100 Filem Terbaik Dunia Ratnam berkahwin dengan pelakon Suhasini. Pada tahun 2002, beliau telah dianugerahkan dengan Padma Shri, anugerah awam keempat tertinggi yang dianugerahkan oleh Kerajaan India.Ratnam telah memenangi beberapa anugerah filem, termasuk enam Anugerah Filem Negara. Di samping itu, beliau adalah penerima beberapa anugerah dari pelbagai festival filem Antarabangsa.Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam menganjurkan pentas muzikal, Netru, Indru, Naalai bagi membantu kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan tekanan jiwa.

  1. ^ MovieBuzz (3 June 2011). "Happy Birthday to Mani sir". Sify. Dicapai pada 22 May 2012.
  2. ^ Nayar, Parvathi (25 June 2010). "Jewel of Indian cinema". AsiaOne. Singapore Press Holdings. Dicapai pada 19 May 2012.

Previous Page Next Page