Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Maharaja Meiji 明治天皇 | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 3 Februari 1867 – 30 Julai 1912 |
Pertabalan | 3 Februari 1867 |
Pendahulu | Maharaja Kōmei |
Pengganti | Maharaja Taishō |
Pasangan | Maharani Shōken |
Anakanda | Putera Raja Yoshihito Puteri Masako Puteri Fusako Puteri Nobuko Puteri Toshiko |
Kerabat diraja | Istana Diraja Jepun |
Ayahanda | Maharaja Kōmei |
Bonda | Nakayama Yoshiko |
Maharaja Meiji (明治天皇 , Meiji-tennō) (3 November 1852 — 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda.
Nama diri baginda ialah Mutsuhito (睦仁 ). Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama mangkatnya. Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama anumerta mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja dengan sendirinya boleh dianggap kurang sopan.
Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia.