Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


MEASAT

Juruteknik Angkasa Boeing dan kemudahan pengilangan satelit Sistem Pintar di El Segundo, California, menyediakan satelit perhubungan MEASAT-3.
Gambar MEASAT-1 mengorbit atas Malaysia

Measat (bahasa Inggeris: Malaysia East Asia Satellite, secara rasmi disingkat sebagai MEASAT, dan digayakan sebagai measat Melayu: Satelit Asia Timur Malaysia) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Binariang Satellite Systems Sdn. Bhd.). Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulu dikenali sebagai Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006.

Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia. Dengan pelancaran MEASAT-3, perkhidmatan perhubungan ini dikembangkan lebih jauh sehingga menjangkau 70% dari penduduk dunia.


Previous Page Next Page






MEASAT Satellite Systems German MEASAT Satellite Systems English میاست ستلایت سیستمز FA MEASAT HE MEASAT Satellite Systems Hungarian Measat ID MEASAT Latvian/Lettish MEASAT Portuguese MEASAT Chinese

Responsive image

Responsive image