Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Lionel Messi

Lionel Messi
Maklumat peribadi
Nama penuh Lionel Andrés Messi[1]
Tarikh lahir (1987-06-24) 24 Jun 1987 (umur 37)[1]
Tempat lahir Rosario, Argentina[1]
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Miami
Nombor 10
Kerjaya remaja
1994–2000 Newell's Old Boys
2001–2004 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Barcelona C 10 (5)
2004–2005 Barcelona B 22 (6)
2004–2021 Barcelona 520 (474)
2021–2023 Paris Saint-Germain 58 (22)
2023– Inter Miami 18 (13)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Argentina B20 18 (14)
2008 Argentina B23 5 (2)
2005– Argentina 185 (104)

Tandatangan
Tandatangan Lionel Messi
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 Jun 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Julai 2024

Lionel Andrés "Leo" Messi[note 1] (Sebutan Sepanyol: [ljoˈnel anˈdɾes ˈmesi]; lahir 24 Jun 1987) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penyerang untuk Inter Miami dan kapten pasukan kebangsaan Argentina. Dianggap secara meluas sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, Messi telah memenangi 8 Ballon d'Or, 6 Kasut Emas Eropah, dan dinamakan pemain terbaik dunia sebanyak 8 kali oleh FIFA. Beliau telah memenangi 43 trofi dalam kerjayanya. Sehingga tahun 2021, beliau telah menghabiskan seluruh kerjaya profesional dengan Barcelona, di mana beliau memenangi rekod 34 trofi termasuk 10 gelaran La Liga, 7 gelaran Copa del Rey, dan 4 gelaran Liga Juara-Juara UEFA. Manakala negara pula, beliau memenangi Copa América 2021 dan Piala Dunia FIFA 2022. Beliau merupakan seorang penjaring gol yang prolifik dan playmaker kreatif, Messi memegang rekod untuk gol sebanyak 474 gol, hatrik sebanyak 36 kali, dan bantuan gol sebanyak 192 kali dalam La Liga, 36 penampilan dan 18 bantuan gol dalam Copa América. Beliau mempunyai gol antarabangsa sebanyak 108 gol dan 185 penampilan. Messi telah menjaringkan lebih 800 gol dalam kerjayanya untuk kelab dan juga negara, dan gol terbanyak untuk satu kelab iaitu sebanyak 672 gol.

Messi berpindah ke Sepanyol dan menyertai Barcelona pada usia 13 tahun, membuat kompetitif pertama pada usia 17 tahun. Beliau menetapkan diri sebagai pemain penting untuk kelab itu dalam tempoh 3 tahun akan datang, dan pada musim pertama tanpa gangguan pada musim 2008–09, beliau telah membantu Barcelona mencapai kejayaan dengan mencapai treble pertama dalam bola sepak Sepanyol ketika usianya 22 tahun dan memenangi Ballon d'Or pertama. Messi memenangi Ballon d'Or sebanyak empat kali berturut-turut, pemain pertama yang memenangi anugerah sebanyak 4 kali. Semasa musim 2011–12, beliau mencipta rekod La Liga dan Eropah dengan gol terbanyak dalam satu musim, sambil mengukuhkan dirinya sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Barcelona. Dua musim berikutnya, beliau menduduki tempat kedua untuk Ballon d'Or di belakang Cristiano Ronaldo, saingan beliau, sebelum memperoleh semula prestasi terbaiknya semasa musim 2014–15, menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa dalam La Liga dan membawa Barcelona ke tempat yang lebih baik. Treble kedua untuk sejarah Barcelona dan memenangi Ballon d'Or kelima pada tahun 2015. Messi menyandang jawatan sebagai kapten Barcelona pada tahun 2018 dan memenangi Ballon d'Or keenam pada tahun 2019. Beliau menandatangani kontrak untuk kelab Perancis, Paris Saint-Germain pada Ogos 2021, membelanjakan dua musim di sana dan memenangi Ligue 1 sebanyak 2 kali. Messi menyertai kelab Amerika Syarikat, Inter Miami pada bulan Julai 2023, lalu memenangi Piala Liga AS pada Ogos 2023.

  1. ^ a b c d "Messi – Lionel Andrés Messi – Sheet ''|'' FC Barcelona". FC Barcelona. Dicapai pada 6 Januari 2012.
  2. ^ "Profile: Lionel Andrés Messi". FC Barcelona. Dicapai pada 8 September 2015.
  3. ^ Balagué 2013, m/s. 32–37.
  4. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 10 June 2014. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 June 2014. Dicapai pada 8 September 2015.
  5. ^ Marsden, Sam (2 November 2017). "Messi donates to charity after libel case win". ESPN. Dicapai pada 3 November 2017.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page