Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Lembah rengkahan

Lembah Rengkahan Afrika. Dari kiri ke kanan: Tasik Upemba, Tasik Mweru, Tasik Tanganyika (terbesar), dan Tasik Rukwa.
Graben Ottawa-Bonnechere

Lembah rengkahan adalah tanah pamah yang berbentuk garis di celah tanah tinggi atau banjaran gunung yang terhasil oleh kejadian rengkahan atau sesar di muka bumi. Sesebuah lembah rengkahan terbentuk di atas sempadan plat yang mencapah. Kejadian ini nyata sebagai lanjutan kerak, iaitu perpecahan permukaan yang kemudiannya didalamkan lagi oleh daya hakisan. Apabila daya tegagannya cukup kuat untuk menyebabkan plat itu berbelah, ia akan berbuat sedemikian hingga bongkah tengah akan terbenam lebih dalam daripada bongkah-bongkah di sebelahnya untuk membentuk graben. Ini menghasilkan dinding yang menjunam curam dan hampir-hampir selari. Ciri inilah permulaan lembah rengkahan. Sementara proses ini berterusan, lembah itu bertambah luas hingga ia menjadi lembangan yang besar, diisi dengan endapan dari dinding rengkahan dan kawasan sekeliling. Antara contoh jangka lama proses yang lebih baik ialah Rengkahan Afrika Timur.[1] Rengkahan boleh berlaku di semua aras tanah, dari dasar laut hinggalah banjaran gunung, di kerak benua mahupun kerak lautan. Lembah rengkahan sentiasa dikaitkan dengan beberapa lembah sampingan atau meluas bersama yang berdekatan, yang lazimnya dianggap sebagai sebahagian daripada lembah rengkahan utama dari segi geologi.

Lembah rengkahan yang paling meluas terletak di sepanjang puncak sistem rabung tengah samudera dan merupakan kesan peluasan dasar laut. Antara contoh rengkahan sebegini ialah Rabung Tengah Atlantik dan Cangkat Pasifik Timur.

Kebanyakan lembah rengkahan benua yang wujud pada hari ini adalah kesan daripada keruntuhan sebelah lengan (aulakogen) pada simpang tiga, meskipun terdapat dua belah iaitu Rengkahan Afrika Timur dan Zon Rengkahan Baikal yang kini hidup, dan juga satu lagi yang barangkalinya Rengkahan Antartik Barat. Pada contoh-contoh ini, bukan sahaja keraknya, malah seluruh plat tektonik sedang mengalami proses perpecahan untuk membentuk plat baru. Jika ini berterusan, lambat-laun rengkahan benua akan menjadi rengkahan lautan.

Lembah-lembah rengkahan yang lain adalah kesan daripada selekoh atau perpecahan pada sesar yang bergerak mengufuk (jurus-gelincir). Apabila selekoh atau perpecahan ini sama arahnya dengan pergerakan relatif di sepanjang sesar, maka terjadinya lanjutan. Contohnya, untuk sesar bergerak sisian kanan, selekoh ke arah kanan akan menyebabkan perentangan yang disusuli dengan ambelasan di kawasan luar tertib berkenaan. Pada pandangan ramai ahli geologi hari ini, Laut Mati terletak di dalam sebuah rengkahan yang terhasil daripada perpecahan ke arah kanan pada sesar Jelmaan Laut Mati yang bergerak ke sisi kiri. Di mana sesebuah sesaran berpecah kepada dua damaran, ataupun dua sesar yang terbentang dekat sesama sendiri, maka mungkin juga berlakunya lanjutan kerak di antaranya akibat perbezaan pada pergerakannya. Kedua-dua jenis lanjutan kesan sesar ini sering terdapat secara kecil-kecilan, menghasilkan ciri-ciri seperti kolam lendutan atau tanah runtuh.

  1. ^ "The Ethiopian Rift Valley". Giacomo Corti-CNR.

Previous Page Next Page






Skeurvallei AF واد متصدع Arabic रिफ्ट घाटी BH Rift valley English Riftiorg ET Fosa tektoniko EU دره کافتی FA Vallée de rift French Scoiltghleann GA עמק ביקוע HE

Responsive image

Responsive image