Kurt von Schleicher | |
---|---|
Canselor Jerman (Republik Weimar) | |
Dalam jawatan 3 Disember 1932 – 28 Januari 1933 | |
Presiden | Paul von Hindenburg |
Timbalan | Kosong |
Didahului oleh | Franz von Papen |
Digantikan oleh | Adolf Hitler |
Ketua Menteri Prusia | |
Dalam jawatan 3 Disember 1932 – 28 Januari 1933 | |
Didahului oleh | Franz von Papen |
Digantikan oleh | Franz von Papen |
Menteri Pertahanan Reich | |
Dalam jawatan 1 Jun 1932 – 28 Januari 1933 | |
Presiden | Paul von Hindenburg |
Canselor | Franz von Papen (1932) Diri sendiri (1932–1933) |
Didahului oleh | Wilhelm Groener |
Digantikan oleh | Werner von Blomberg |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kurt Ferdinand Friedrich Hermann von Schleicher 7 April 1882 Brandenburg an der Havel, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 30 Jun 1934 Potsdam-Babelsberg, Jerman Nazi | (umur 52)
Pekerjaan | Pegawai tentera |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Empayar Jerman Reichsheer |
Tahun perkhidmatan | 1900–1932 |
Pangkat | General der Infanterie |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Kurt Ferdinand Friedrich Hermann von Schleicher (listen (bantuan·maklumat); 7 April 1882 – 30 Jun 1934)[1] adalah seorang jeneral tentera Jerman dan Canselor Jerman yang terakhir dalam Republik Weimar. Seorang penggerak utama dalam usaha tentera Jerman untuk menghindari sekatan Perjanjian Versailles, Schleicher bangkit berkuasa sebagai penasihat rapat Presiden Paul von Hindenburg. Pada tahun 1930 beliau memainkan peranan penting dalam menggulingkan kerajaan Hermann Müller dan pelantikan Heinrich Brüning sebagai Canselor.
Bermula tahun 1932 beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Franz von Papen, orang yang beliau gantikan sebagai Canselor pada 3 Disember. Semasa penggal singkatnya, Schleicher berunding dengan Gregor Strasser mengenai pemisahan Gregor dari Parti Nazi tetapi rancangan mereka gagal. Schleicher kemudian mencadangkan kepada Presiden Hindenburg untuk membubarkan Reichstag dan memerintah seperti diktator de facto, suatu tindakan yang ditolak Hindenburg. Pada 28 Januari 1933, berdepan kebuntuan politik dan kesihatannya yang menurun, Schleicher meletakkan jawatan dan mengesyorkan pelantikan Adolf Hitler sebagai penggantinya. 17 bulan kemudian beliau telah dibunuh atas arahan Hitler semasa peristiwa Malam Pisau Panjang