Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Krisis diplomatik Qatar 2017

Krisis diplomatik Qatar 2017
Sebahagian daripada Hubungan luar Qatar

     Qatar     Negara-negara yang menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar     Negara-negara yang mengurangkan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta daripada Qatar
Tarikh5 Jun 2017 – present
(7 tahun, 4 bulan dan 2 minggu)
Lokasi
Status Masih berjalan
Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian diplomatik
 Arab Saudi
 Emiriah Arab Bersatu
 Bahrain
 Mesir
 Maldives
 Yaman[a]
 Mauritania
 Comoros
 Libya[b]
 Qatar

a Kerajaan yang diakui antarabangsa yang menamatkan hubungan dengan Qatar.

b Kerajaan yang berpusat di Tobruk hilang pengiktirafan antarabangsa selepas penubuhan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan pada bulan Januari 2016. Kerajaan pusat di Tobruk mendakwa menamatkan hubungan dengan Qatar meskipun tidak mempunyai perwakilan diplomatik di negara ini.

Krisis diplomatik Qatar 2017 bermula pada 5 Jun 2017 apabila beberapa negara secara tiba-tiba menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar. Pada awalnya, negara-negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir, dan Maldives. Penamatan ini juga merangkumi sekatan perdagangan dan perjalanan.

Arab Saudi dan beberapa negara lain telah mengkritik Al Jazeera dan hubungan Qatar dengan Iran, dan menuduh Qatar membiayai pertubuhan pengganas. Qatar menafikan bahawa ia menyokong keganasan, dan mendakwa ia telah membantu Amerika Syarikat dalam Perang Menentang Keganasan dan campur tangan ketenteraan melawan ISIL yang masih berlangsung.

Tindakan diplomatik Arab Saudi secara lisannya telah disokong oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Banyak negara di wilayah ini termasuk Turki, Rusia dan Iran, meminta agar krisis ini diselesaikan melalui rundingan damai.


Previous Page Next Page