Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kinmen

Kinmen
金門縣
Quemoy
Jajahan
Bendera Kinmen
Mohor rasmi Kinmen
Koordinat: 24°26′N 118°20′E / 24.44°N 118.33°E / 24.44; 118.33Koordinat: 24°26′N 118°20′E / 24.44°N 118.33°E / 24.44; 118.33
Negara Republik China
WilayahFujian / Fukien, ROC (lupus)
PusatJincheng (Chincheng, Kincheng)
Bandar terbesarJincheng
Mukim6 (3 pekan, 3 desa)
Pentadbiran
 • Majistret JajahanYang Cheng-wu (KMT)
Keluasan
 • Jumlah153.011 km2 (59.078 batu persegi)
 • Pemeringkatan20 / 22
Penduduk
 (Disember 2014)
 • Jumlah127,723
 • Pemeringkatan20 / 22
 • Kepadatan830/km2 (2,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Nasional)
Kod ISO 3166TW-KIN
Laman sesawangwww.kinmen.gov.tw/
Kinmen
Tulisan Cina Tradisional金門
PosKinmen
Jajahan Kinmen
Tulisan Cina Tradisional金門

Kinmen atau Quemoy, merupakan sebuah jajahan Republik China (Taiwan) yang terletak di Selat Taiwan antara pulau Taiwan dan tanah besar China. Pulau terbesar Jajahan Kinmen ialah Pulau Kinmen. Kinmen terletak 10 kilometer (6.2 bt) ke sebelah timur Xiamen, sebuah bandar yang terletak di pantai tenggara China; dua wilayah tersebut dipisahkan oleh sebuah teluk kecil. Kinmen terletak 187 kilometer (116 bt) ke barat dari bahagian terdekat pulau Taiwan.

Kedudukan Kinmen di Selat Taiwan menjadikannya medan perang dalam Perang Dingin. Pada bulan Ogos 1958, Kinmen diserbu oleh Komunis China dalam Krisis Selat Taiwan Kedua, maka didirikan sekatan perjalanan antara Kinmen dan pulau utama Taiwan yang kekal hingga tahun 1994. Perkhidmatan feri ke Xiamen ditubuhkan pada Januari 2001. [2]

Kinmen County terdiri daripada Kepulauan Kinmen (termasuk Kinmen dan Lieyu) dan Kepulauan Wuqiu (Ockseu), yang terletak lebih dari 110 kilometer (68 bt) ke timur laut. Kinmen adalah salah satu daripada dua daerah yang menganggotai bekas Wilayah Fujian Republik China yang kini sudah dibubarkan, dan yang satu lagi ialah Lienchiang (Matsu).

Republik Rakyat China menuntut Kinmen sebagai sebahagian daripada Wilayah Fujian dan menganggap Wuqiu sebagai wilayah yang berasingan (tetapi juga dituntut sebagai sebahagian wilayah Fujian). Taiwan pula menuntut Kepulauan Dadeng (Tateng) yang ditadbir oleh RRC sebagai sebahagian daripada Kinmen.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mj
  2. ^ "`The Gibraltar of Asia' and a `park in the ocean'", Taipei Times, Sep 30, 2004.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page






كنمن Arabic Szinmınsyundao AZ Kinmen Catalan Gĭng-muòng-gâing CDO Kinmen (lalawigan sa Republika sa Tsina) CEB Okres Ťin-men Czech Kinmen German Kinmen English Ĝinmenoj EO Kinmen Spanish

Responsive image

Responsive image