Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kijang

Kijang
Seekor kijang di India
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Cervinae
Genus: Muntiacus
Spesies:
M. muntjak
Nama binomial
Muntiacus muntjak
(Zimmermann, 1780)
Taburan populasi kijang
Sinonim
  • Cervus muntjac

Kijang (Jawi: کيجڠ), kidang atau kijang India (nama saintifik: Muntiacus muntjak) adalah spesies rusa paling luas taburannya di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk kepulauan Melayu.[2]

Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai salakan, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 sentimeter dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh setiap tahun dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanin atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

  1. ^ Timmins, R.J.; Duckworth, J.W.; Hedges, S. (2016). "Muntiacus muntjak". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T42190A56005589. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T42190A56005589.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Grubb, P. (2005). "Muntiacus muntjak". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 667. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.

Previous Page Next Page