Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Ketuhar gelombang mikro

Sebuah ketuhar gelombang mikro dengan pintu yang terbuka.

Ketuhar gelombang mikro adalah perkakas dapur yang memanaskan makanan menggunakan pemanasan dielektrik. Ia berfungsi dengan menggunakan sinaran elektromagnet dalam julat frekuensi gelombang mikro untuk memanaskan molekul-molekul yang berkutub di dalam makanan. Pengujaan ini berlaku dalam keadaan yang hampir seragam di bahagian permukaan makanan tersebut di antara kedalaman 1 inci hingga 1.5 inci pada makanan yang lebih lembap; manakala pada makanan yang kering pula, radiasi akan menembus ke bahagian lebih dalam lagi. Penembusan ini membolehkan makanan dimasak dengan lebih sekata berbanding cara konvensional.

Sungguhpun begitu, ketuhar ini mempunyai kegunaan terhad dalam bidang profesional memandangkan julat suhu pendidihan ketuhar jenis ini terlalu rendah untuk menghasilkan tindak-tindak balas kimia yang memberi rasa yang unik.[1] Walaupun begitu, suhu yang diperlukan ini boleh diberi dengan penambahan sistem perolakan.[2]

  1. ^ This, Hervé (1995). Révélations gastronomiques (dalam bahasa Perancis). Éditions Belin. ISBN 978-2-7011-1756-0.
  2. ^ Datta, A. K.; Rakesh, V. (2013). "Principles of Microwave Combination Heating". Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety (dalam bahasa Inggeris). 12 (1): 24–39. doi:10.1111/j.1541-4337.2012.00211.x. ISSN 1541-4337.

Previous Page Next Page