Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kesatuan (Perang Saudara Amerika)

Peta menunjukan divisyen negeri semasa Perang Saudara. Biru melambangkan negeri-negeri Kesatuan, termasuk yang diterima semasa perang; biru muda mewakili negeri-negeri Kesatuan yang membenarkan perhambaan (sempadan negeri-negeri); merah mewakili negeri-negeri Gabungan. Kawasan yang tidak berwarna bukan merupakan sebuah negeri sebelum atau selepas Perang Saudara.

Kesatuan merujuk kepada kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang disokong oleh 23 negeri semasa Perang Saudara Amerika. Negeri ini bukan sebahagian daripada 11 negeri yang cuba keluar dari persekutuan untuk membentuk persekutuan baru. Walaupun Kesatuan termasuk negeri di barat seperti California, Oregon dan (selepas tahun 1864) Nevada juga negeri yang umumnya dianggap sebagai barat tengah, Kesatuan dirujuk umumnya sebagai "Utara", pada masa itu sehingga sekarang.


Previous Page Next Page