Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kapal induk pesawat udara

INS Vikrant
NAM Atlântico ialah kapal pengangkut pesawat Brazil.

Kapal induk pesawat udara atau kapal pengangkut pesawat (Bahasa Inggeris: aircraft carrier[1] - kapal induk pinjam terjemah Belanda: moederschip[2]) ialah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal jenis ini mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal tempur. Pertukaran, sebahagian daripada pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.

Kapal ini biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan peluncuran kuasa Amerika Syarikat.

Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisis percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.

  1. ^ 'Aircraft carrier' - Maklumat Kata. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  2. ^ Gustaaf Kusno (1 Disember 2010). "Kenapa Diberi Nama 'Kapal Induk'?". Kompasiana. Dicapai pada 27 Jun 2020. Saya sering bertanya-tanya dalam hati, mengapa kapal maha-besar yang dapat menampung puluhan pesawat jet tempur ini diberi nama ’kapal induk’. Dalam bahasa Inggris dia dinamakan aircraft carrier (kapal pengangkut pesawat) dan jawaban atas kepenasaran saya ini rupanya ada pada bahasa Belanda. Di dalam istilah Belanda, dia dinamakan moederschip (moeder = induk, schip = kapal), sehingga terciptalah istilah kapal induk.

Previous Page Next Page