Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Kafeina

Kafeina
کافىينا
Struktur rangka hibrid molekul kafeina
Model 3-D molekul kafeina
Nama
Nama IUPAC
1,3,7-trimetil-1H-purina- 2,6(3H,7H)-diona
Nama lain
1,3,7-trimetilksantina, trimetilksantina,
teina, metilteobromina
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.329
Nombor RTECS
  • EV6475000
  • C[n]1cnc2N(C)C(=O)N(C)C(=O)c12
Sifat
C8H10N4O2
Jisim molar 194,19 g·mol−1
Rupa bentuk Serbuk putih
Bau Tak berbau
Ketumpatan 1,2 g·cm−3, padat
Takat lebur 227-228 °C (kontang) 234-235 °C (monohidrat)
Takat didih 178 °C (pemejalwapan)
22 mg·mL−1 (25 °C)
180 mg·mL−1 (80 °C)
670 mg·mL−1 (100 °C)
Keasidan (pKa) −0.13 – 1.22[1]
Momen dwikutub 3.64 D (terhitung)
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Ketagihan ringan, boleh membawa maut dalam keadaan kronik
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 1: Mesti dipanaskan dahulu sebelum pencucuhan boleh berlaku. Takat kilat lebih 93°C (200°F). Cth, minyak canolaKesihatan kod 2: Kuat atau berterusan tetapi bukan pendedahan kronik mungkin menyebabkan hilang upaya sementara atau kemungkinan kecederaan sisa. Cth, kloroformKereaktifan (kuning): tiada kod bahayaBahaya khas (putih): tiada kod
1
2
Takat kilat N/A
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
192 mg/kg (tikus, oral)[2]
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Kafeina[3] (disebut [ka.féi.na], juga kafein) ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté.

Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung, dan sistem pernafasan; ia juga bersifat diuretik yakni boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.

Kafeina dikelaskan sebagai selamat secara am oleh pihak FDA di Amerika. Dos racun ialah 10 gram sehari bagi seorang dewasa, jauh melebihi pengambilan lazim, iaitu kurang 500 mg sehari.[4] Secawan kopi lazimnya mempunyai 80–175 mg, bergantung kepada biji kopi yang digunakan, cara pembakaran dan penyediaan. Meskipun begitu, serbuk kafeina tulen boleh membawa maut dalam jumlah sebesar sudu biasa.

  1. ^ pKa bagi kafeina terproton. Harry G. Brittain, Richard J. Prankerd (2007). Profiles of Drug Substances, Excipients and Related Methodology, volume 33: Critical Compilation of Pka Values for Pharmaceutical Substances. Academic Press. ISBN 012260833X.
  2. ^ Peters, Josef M. (1967). "Factors Affecting Caffeine Toxicity: A Review of the Literature". The Journal of Clinical Pharmacology and the Journal of New Drugs (7): 131–141. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-10. Dicapai pada 2020-12-13.
  3. ^ Keputusan Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM) KERTAS F/SP/5 JKTBM Diarkibkan 2015-04-15 di Wayback Machine
  4. ^ Heckman MA, Weil J, De Mejia EG (2010). "Caffeine (1, 3, 7-trimethylxanthine) in Foods: A Comprehensive Review on Consumption, Functionality, Safety, and Regulatory Matters". Journal of Food Science. 75 (3): R77–R87. doi:10.1111/j.1750-3841.2010.01561.x. PMID 20492310.

Previous Page Next Page






Kafeïen AF كافيين Arabic كافيين ARZ Cafeína AST Kofein AZ Кафеін BE Кафэін BE-X-OLD Кофеин Bulgarian ক্যাফেইন Bengali/Bangla Kofein BS

Responsive image

Responsive image