Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Jenayah perang Jepun

Jenayah perang Jepun
Sebahagian daripada penaklukan wilayah oleh Empayar Jepun
Mayat mangsa di tebing Sungai Qinhuai, di luar pintu barat Nanjing semasa Pembunuhan beramai-ramai di Nanking
LokasiDalam dan sekitar Asia Timur, Asia Tenggara, dan Pasifik
Tarikh1927–1945[1]
Jenis serangan
jenayah perang, pembunuhan besar-besaran, pembersihan etnik dan jenayah terhadap kemanusiaan lain
Kematians. 30,000,000[2]
PelakuEmpayar Jepun, Tentera Darat Empayar Jepun
Motif
PerbicaraanPerbicaraan Tokyo, dan lain-lain
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Empayar Jepun telah melakukan pelbagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di pelbagai negara Asia-Pasifik, terutamanya semasa Perang China-Jepun Kedua dan Perang Pasifik. Semua insiden ini pernah dirujuk dengan penuh kontroversi sebagai "Holokus Asia",[3][4] dan "Holokus Jepun",[5] dan juga sebagai "Penjarahan Asia" atau lebih keras lagi "Perogolan Asia".[6] Jenayah berlaku semasa awal zaman Shōwa, di bawah pemerintahan Hirohito.

Tentera Darat Imperial Jepun (TDIJ) dan Tentera Laut Imperial Jepun (TLIJ) bertanggungjawab atas pelbagai jenayah perang yang menyebabkan berjuta-juta kematian. Jenayah perangnya merangkumi perhambaan seksual dan pembunuhan beramai-ramai kepada uji kaji manusia, kebuluran, dan buruh paksa, semuanya sama ada dilakukan secara langsung atau dibenarkan berlaku oleh tentera dan kerajaan Jepun.[7][8][9][10][11] Bukti-bukti jenayah ini, antaranya keterangan lisan dan rekod bertulis seperti diari dan jurnal perang, telah diberikan oleh veteran-veteran Jepun.[12]

Pemimpin-pemimpin politik dan tentera Jepun sedar akan jenayah tenteranya namun membiarkannya berterusan malah menyokongnya, dengan majoriti tentera Jepun ditugaskan di Asia mengambil bahagian dalamnya ataupun menyokong pembunuhan yang berlaku.[13]

Angkatan Udara Tentera Darat Imperial Jepun terlibat dalam serangan kimia dan biologi ke atas orang awam semasa Perang China-Jepun Kedua dan Perang Dunia Kedua, melanggari perjanjian antarabangsa yang Jepun tandatangani sebelum ini, antaranya Konvensyen Hague yang mengharamkan penggunaan "racun atau senjata beracun" dalam peperangan.[14][15]

Sejak 1950-an, banyak permohonan maaf atas jenayah perang telah dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Jepun; namun, permohonan maaf yang dikeluarkan telah dikritik bersifat tidak ikhlas. Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengakui peranan negara Jepun yang telah mengakibatkan "kerosakan dan penderitaan yang dahsyat" sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, khususnya pembunuhan beramai-ramai di Nanjing oleh TDIJ.[16] Walau bagaimanapun isu ini tetap dipenuhi kontroversi, dengan sesetengah anggota kerajaan Jepun, termasuk mantan-mantan perdana menteri Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe menziarahi Kuil Yasukuni, tempat peringatan bagi semua orang Jepun yang mati dalam perang, termasuklah penjenayah-penjenayah perang Kelas A yang sudah disabitkan kesalahan. Tambahan pula, sesetengah buku teks sejarah Jepun hanya menyebut tentang jenayah perang sepintas lalu sahaja,[17] dan beberapa anggota Parti Demokratik Liberal Jepun telah menafikan kezaliman yang telah berlaku, seperti penglibatan kerajaan dalam menculik wanita untuk dijadikan "wanita penghibur", iaitu kata halus untuk hamba seks.[18][19]

  1. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 23, 54, 190–191, 289. ISBN 9781637586884.
  2. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 190–191, 276, 312. ISBN 9781637586884.
  3. ^ Blumenthal, Ralph (7 March 1999). "The World: Revisiting World War II Atrocities; Comparing the Unspeakable to the Unthinkable". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2011. Dicapai pada 26 July 2008.
  4. ^ Kang, K. Connie (4 August 1995). "Breaking Silence: Exhibit on "Forgotten Holocaust" Focuses on Japanese War Crimes". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2022. Dicapai pada 19 October 2023.
  5. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 282, 294. ISBN 9781637586884.
  6. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 93. ISBN 9781637586884.
  7. ^ "Japanese War Crimes". The National Archives (U.S.). 15 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada 19 October 2023.
  8. ^ "Pacific Theater Document Archive". War Crimes Studies Center, University of California, Berkeley. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2009.
  9. ^ "Bibliography: War Crimes". Sigur Center for Asian Studies, George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2019. Dicapai pada 21 April 2010.
  10. ^ Gruhl, Werner (2007). Imperial Japan's World War Two: 1931–1945. Transaction Publishers. m/s. 85. ISBN 978-0-7658-0352-8.
  11. ^ "Voices of the "Comfort Women": The Power Politics Surrounding the UNESCO Documentary Heritage". The Asia-Pacific Journal: Japan Focus. March 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2023. Dicapai pada 8 May 2023.
  12. ^ Drea, Edward (2006). Researching Japanese War Crimes (PDF). National Archives and Records Administration for the Nazi Warcrimes and Japanese Imperial Government Records Interagency Working Group. m/s. 28. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 19 October 2023.
  13. ^ Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 266. ISBN 9781637586884.
  14. ^ "Japan bombed China with plague-fleas". BBC News. 25 January 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 19 October 2023.
  15. ^ Keiichi, Tsuneishi (24 November 2005). "Unit 731 and the Japanese Imperial Army's Biological Warfare Program". Japan Focus. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2015. Dicapai pada 19 October 2023.
  16. ^ "Q8: What is the view of the Government of Japan on the incident known as the "Nanjing Massacre"?". Foreign Policy Q&A. Ministry of Foreign Affairs of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 2 October 2011.
  17. ^ Kasahara, Tokushi. "Reconciling Narratives of the Nanjing Massacre in Japanese and Chinese Textbooks" (PDF). Tsuru Bunka University. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 December 2013. Dicapai pada 19 October 2023.
  18. ^ Tabuchi, Hiroko. "Japan's Abe: No Proof of WWII Sex Slaves". The Washington Post. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 1 March 2007.
  19. ^ "Japan's Abe Denies Proof of World War II Sex Slaves". The New York Times. 1 March 2007. Dicapai pada 1 March 2007.

Previous Page Next Page