Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa

Shaheed Minar, atau tugu syahid yang terletak di Kampus Universiti Dhaka, Bangladesh, memperingati pengorbanan demi bahasa Benggala pada 21 Februari 1952.

21 Februari diisytiharkan sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa oleh UNESCO pada 17 November 1999. Sambutannya juga diiktiraf secara rasmi oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui resolusi yang menjadikan tahun 2008 sebagai Tahun Bahasa Antarabangsa.[1]

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa berasal dari pengiktirafan antarabangsa kepada Hari Pergerakan Bahasa yang disambut di Bangladesh (dahulunya Pakistan Timur) semenjak tahun 1952, apabila sebilangan penuntut universiti Bangladesh dibunuh oleh polis dan tentera Pakistan di Dhaka ketika menyertai Gerakan Bahasa Bengali.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut setiap tahun oleh negara ahli UNESCO di ibu pejabatnya untuk memupuk kepelbagaian bahasa dan budaya dan keanekabahasaan.

  1. ^ "U.N. General Assembly, Sixty-first Session, Agenda item 114, Resolution adopted by the General Assembly, 61/266. Multilingualism (A/RES/61/266)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-16. Dicapai pada 2009-02-21.

Previous Page Next Page