Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Gunung Lambak

Gunung Lambak
Gunung Lambak dari barat, mengarah ke bahagian selatan Kluang, 1975
Titik tertinggi
Ketinggian510 m (1,670 ka)
Geografi
LokasiKluang, Johor, Malaysia
Geologi
Jenis gunungInselberg
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_d"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_d"
Pemandangan dari Gunung Lambak kearah barat, 1975

Gunung Lambak merupakan sebuah gunung kecil yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki) dari aras laut.[1]

Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti siaran Tv dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura.

Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang, dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu, penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang, secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana Stesen Pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gunung_Lambak

Previous Page Next Page






Gunung Lambak (bukid sa Malaysiya) CEB Mount Lambak English Gunung Lambak LLD Lambak tog'i UZ 南峇山 Chinese

Responsive image

Responsive image