Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Geseran farinks tak bersuara

Nombor AFA144
Pengekodan
X-SAMPAX\
Imej
Sampel audio
noicon

Geseran farinks tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ħ (huruf h kecil berpotong) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X\ dalam X-SAMPA.

Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ح (ḥa) sebagai wakil bunyi ini,[1] huruf itu pula dikenali sebagai ha pedas kerana keterdekatannya dengan bunyi cungapan yang terhasil apabila memakan makanan pedas. Walau bagaimanapun, kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah fonemnya kepada yang hampir mirip iaitu geseran glotis tak bersuara (/h/).[1]

  1. ^ a b Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 116, 122–3.

Previous Page Next Page