Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Eric Clapton

Eric Clapton

Clapton beraksi pada 2015
Kelahiran
Eric Patrick Clapton

(1945-03-30) 30 Mac 1945 (umur 79)
Ripley, Surrey, England
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Tahun aktif1962–kini
Pasangan
  • Pattie Boyd (k. 1979; c. 1988)
  • Melia McEnery (k. 2002)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Gitar
  • vokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmiericclapton.com

Eric Patrick Clapton, CBE (lahir 30 Mac 1945) ialah gitaris, penyanyi, dan penulis lagu rock dan blues Inggeris. Beliau ialah satu-satunya penerima tiga kali untuk Rock and Roll Hall of Fame: sekali sebagai artis solo dan berasingan sebagai ahli Yardbirds dan Cream. Clapton telah dirujuk sebagai salah seorang gitaris yang paling penting dan berpengaruh sepanjang zaman.[1] Clapton menduduki tempat kedua dalam senarai "100 Gitaris Terhebat Sepanjang Zaman" oleh Rolling Stone dan keempat dalam senarai Gibson "50 Gitaris Teratas Sepanjang Zaman". Beliau juga dinamakan nombor lima dalam senarai majalah Time "The 10 Best Guitar Players" pada tahun 2009.[2]

Clapton telah menjadi penerima 18 Anugerah Grammy, dan Anugerah Brit untuk Sumbangan Cemerlang kepada Muzik. Pada tahun 2004, beliau dianugerahkan CBE di Buckingham Palace untuk sumbangannya kepada muzik.[3][4] Beliau telah menerima empat Anugerah Ivor Novello dari Akademi Penulis Lagu, Komposer dan pengarang British, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Dalam kerjaya solonya, Clapton telah menjual lebih daripada 100 juta rekod di seluruh dunia, menjadikannya seorang pemuzik paling laris sepanjang zaman.[5] Pada tahun 1998, Clapton, pulih daripada alkohol dan dadah, mengasaskan Crossroads Centre di Antigua, sebuah kemudahan perubatan untuk pemulihan penyalahgunaan.[6]

  1. ^ "55 – Eric Clapton". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2012. Dicapai pada 11 November 2014.
  2. ^ Tyrangiel, Josh (14 August 2009). "The 10 Greatest Electric Guitar Players". Time. Time Inc. Dicapai pada 26 April 2011.
  3. ^ "Ex-rebel Clapton receives his CBE". Telegraph.co.uk. London. 4 November 2004. Dicapai pada 22 September 2014.
  4. ^ "Eric Clapton, All Music: Grammy Awards". AllMusic. Dicapai pada 22 September 2014.
  5. ^ "Eric Clapton" (dalam bahasa German). koeln.de. July 2, 2018. Dicapai pada December 15, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Kemp, Mark (2001). "Eric Clapton Biography". Rolling Stone. Dicapai pada 23 October 2011.

Previous Page Next Page