Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Ekonomi Keynes

Ekonomi Keynes ialah teori makro tentang bagaimana keluaran ekonomi jangka pendek – dan terutama pada keadaan kemelesetan — dipengaruhi oleh permintaan agregat (jumlah dalam suatu ekonomi). Menurut teori-teori ini, permintaan terkumpul tidak semestinya sama dengan keupayaan ekonomi yang produktif namun sebaliknya dipengaruhi beberapa faktor dan mempunyai ciri -yang tidak menentu di mana ia mempengaruhi pengeluaran, pekerjaan, dan inflasi.[1]

Ilmu ekonomi ini mula dikembangkan semasa dan selepas Kemelesetan Besar daripada idea-idea ilham John Maynard Keynes dalam bukunya, The General Theory of Employment, Interest and Money pada tahun 1936.[2] 

Ilmu ekonomi sebegini diamalkan model ekonomi yang standard di negara-negara maju pada akhir Kemelesetan Besar, Perang Dunia Kedua serta pengembangan ekonomi sekepas zaman tersebut (1945-1973), walaupun ia semakin kurang disenangi berikutan krisis minyak dan stagflasi tahun 1970-an selepasnya. Pemikiran berkaitan ilmu ini mula dikembangkan semula selepas krisis kewangan lewat tahun 2000-an[3] dalam suatu sistem yang baru.

  1. ^ "What Is Keynesian Economics? - Back to Basics - Finance & Development, September 2014". www.imf.org.
  2. ^ Hunt, Michael H. (2004). The World Transformed: 1945 to the present. New York, New York: Oxford University Press. m/s. 80. ISBN 9780199371020.
  3. ^ "Economic Crisis Mounts in Germany". Der Spiegel. 4 November 2008. Dicapai pada 13 Ogos 2011.

Previous Page Next Page