Ekonomi Cuba | |
---|---|
Kedudukan | Ke-95 |
Mata wang | Peso Cuba (CUP) = 100 centavo dan Cuban Convertible Peso (CUC) = 24 CUP |
Tahun fiskal | yes |
Perangkaan | |
KDNK | $72.3 bilion (2012 est.)[1] $121 bilion (2012 est.)[2] (PPP) |
Pertumbuhan KDNK | 2.7% (2011 est.)[3] |
KDNK per kapita | $10,200 (2010 est.)[4] (PPP) |
KDNK mengikut sektor | Agriculture: 4.3%, industri: 21.6%, servis: 74% (2009 est.)[5] |
Inflasi (CPI) | 1.5% (2009 est.)[6] |
Populasi dibawah garis kemiskinan | 1.5% (2006) |
Tenaga buruh | 5.159 juta (Sektor awam: 78%, Sektor peribadi: 22%) (2009 est.)[7] |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | Pertanian: 20%, industri: 19.4%, servis: 60.6% (2005)[8] |
Pengangguran | 3.8% (2012 est.)[9] |
Industri utama | Gula, petroleum, tembakau, pembinaan, nikel, keluli, simen, mesin pertanian, farmaseutikal[10] |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | $2.458 bilion f.o.b. (2009 est.)[11] |
Barangan yang dieksport | Gula, produk perubatan, nikel, kerang, jeruk, kopi[12] |
Rakan dagangan eksport utama | Kanada 17.3% Republik Rakyat China 16.6% Venezuela 12.7% Belanda 8.8% Sepanyol 5.8% (2012 est.)[13] |
Import | $8.963 bilion f.o.b. (2009 est.)[14] |
Barangan yang diimport | petroleum, makanan, mesin dan peralatan, bahan kimia[15] |
Rakan dagangan import utama | Venezuela 36.4% Republik Rakyat China 10.5% Sepanyol 8.7% Brazil 5.1% Amerika Syarikat 4.2% (2012 est.)[16] |
Kewangan awam | |
Hutang awam | $19.44 bilon (31 Disember 2009 est.);[17] dan $20.8 bilion hutang kepada Russia, $0.9 hutang kepada Romania dan $0.2 billion hutang kepada Hungary |
Hasil negara | $35.01 bilion (2007 est.) |
Perbelanjaan | $36.73 bilion (2007 est.) |
Bantuan ekonomi | $87.8 juta (2005 est.) |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Sistem ekonomi Cuba diselaras secara terancang dan didominasi oleh perusahaan yang dikawal selia kerajaan. Kebanyakan pengeluaran dan tenaga kerjanya dimiliki serta diuruskan oleh kerajaan. Bagaimanapun kebelakangan ini kerajaan menggalakkan bentuk kerjasama dan perusahaan persendirian. Kerajaan menetapkan kebanyakan harga barangan dan pengagihan bekalan makanan pada rakyatnya. Rakyat Cuba menerima agihan keperluan makanan setiap bulan dan dibenarkan membeli melalui pusat agihan dipanggil "bondega" atau kedai yang mengedarkan bekalan ini. Cuba antara pengeluar utama tebu dan tembakau. Pengeluaran gula Cuba merangkumi satu pertiga daripada jumlah pengeluaran industri negara. Ia juga mewakili 80 peratus nilai eksport Cuba. Namun akibat daripada kejatuhan Kesatuan Soviet, Blok Timur dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Cuba terjejas teruk. Oleh itu, Cuba mula memperkenalkan bentuk pasaran terbuka pada tahun 1993 dalam sebahagian bidang perniagaan bagi membeli prospek baharu. Sedikit demi sedikit negara Cuba mula mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.