Edward si Pengaku[1] (bahasa Inggeris: Edward the Confessor, bahasa Inggeris kuno: Ēadƿeard se Andettere, bahasa Latin: Eduardus Confessor; sekitar tahun 1003 dan 1005 M hingga 4 atau 5 Januari 1066 M) ialah seorang daripada raja England berketurunan Anglo-Saxonn; baginda keputeraan Æthelred yang Tak Bersedia dan Emma dari Normandy. Baginda biasanya dianggap sebagai raja terakhir Kerabat Wessex, yang memerintah dari tahun 1042 hingga 1066 M.[2]
Edward dianggap berperan penting dalam proses disintegrasi kekuasaan kerajaan di England dan naiknya tahta dari Wangsa Godwin. Penulis biografinya, Frank Barlow dan Peter Rex mengemukakan bahawa dia adalah seorang raja yang sukses, energik, cerdas dan terkadang juga kejam namun reputasi ini ternoda oleh penaklukan Normandie tak lama setelah kematiannya.[3][4] Sejarawan lain menganggap bahawa teori ini tidak sepenuhnya benar, karena hal tersebut terjadi di luar masa pemerintahannya.[5]
Mendiang baginda dikanunkan sebagai seorang santo oleh Paus Alexander III tahun 1161. Baginda pernah menjadi santo penaung utama England baik dalam aliran Gereja Katolik mahupun Anglikan sehingga kedudukan itu diambil alih dengan pemilihan Santo George oleh Raja Edward III pada sekitar tahun 1350.[6]