Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Durian

Durian di pasar
Potong durian menampakkan isinya

Durian (Jawi: دورين) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio.[1] Buah yang dihasilkan ini bersaiz besar, beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuh duri, daripada duri-duri kulit buah itulah durian mendapat namanya.[2] Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah".[3] Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 sm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 paun). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Sumatra dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur memerikan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan jenis daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan.[4][5] Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan.[4] Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran.

  1. ^ "Angiosperm Phylogeny Website — Malvaceae". Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 9 Apr 2013.
  2. ^ Sobir (2010). Bertanam Durian Unggul. Jakarta: PT Niaga Swadaya. m/s. 7. ISBN 9790024444. Dicapai pada 9 April 2013.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Heaton
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Morton
  5. ^ "Hail the king of fruit – 10 types of durians from Malaysia". The Straits Times. 22 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2019. Dicapai pada 26 Mei 2019.

Previous Page Next Page






Drien ACE دوريان Arabic دوريان ARZ Durén BAN Tarutung BBC Durian BCL ডুরিয়ান Bengali/Bangla Dúrio Catalan Duryan CEB Durian Czech

Responsive image

Responsive image