Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Dewan Bandaraya Kuching Utara

Dewan Bandaraya Kuching Utara
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Ogos 1988
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Kuching
Kepimpinan
Datuk Bandar
HAJI HILMY BIN HAJI OTHMAN (sejak September 2023)
Moto
Untuk Masyarakat Berbudaya
Tempat persidangan
Dewan Bandaraya Kuching Utara

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak
Laman sesawang
https://dbku.sarawak.gov.my/modules/web/index.php
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching, Sarawak. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan.

Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48 kilometer persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.

Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efisien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua-dua kawasan. Penubuhan DBKU adalah tepat kerana ini akan memastikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasan Bandaraya Kuching Utara yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.[1]


Previous Page Next Page






Kuching North City Hall English Balai Kota Kuching Utara ID கூச்சிங் வடக்கு மாநகராட்சி Tamil

Responsive image

Responsive image