Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


De jure

De jure (dalam Bahasa Latin Klasik de iure) merupakan sebuah huraian yang bermaksud "di sisi undang-undang", berbeza dengan de facto, yang bermaksud "pada hakikatnya". De jure tidak boleh dikelirukan dengan du jour dalam bahasa Perancis, yang diterjemahkan sebagai "bagi hari ini/itu", seperti dalam soupe du jour (sup hari ini).

Istilah de jure dan de facto digunakan sebagai ganti "dalam prinsip" dan "dalam amalan", semasa menerangkan keadaan politik.

Sesuatu amalan boleh wujud secara de facto, contohnya rakyat mematuhi sesebuah kontrak seolah-olahnya terdapat undang-undang yang menguatkuasakannya, namun undang-undang sebegini tidak wujud. Satu proses yang dikenali sebagai desuetude membenarkan amalan de facto untuk menggantikan undang-undang yang ketinggalan. Sebaliknya pula, amalan boleh wujud secara de jure tetapi tidak dipatuhi oleh rakyat.


Previous Page Next Page






De jure AF De iure AN حكم القانون Arabic De-yure AZ De jure BE De jure BE-X-OLD Де юре Bulgarian আইনত Bengali/Bangla De jure BR De jure BS

Responsive image

Responsive image