Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Daun

Daun dengan struktur lamina dan penyusunan urat pinat.

Dalam bidang botani, daun (Jawi: داءون ; kata ganda: daun-daun داءون٢‎ atau dedaun دداءون‎)[1] ialah sebuah organ yang bersambung kepada batang tumbuhan pembuluh[2] di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun.

Daun-daun mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan tekstur yang berbeza. Daun yang luas dan rata dengan urat daun tumbuhan berbunga yang rumit ini dikenali sebagai megafil dan kebanyakan spesies yang memiliki ciri ini adalah tumbuhan berdaun lebar atau Megafil. Dalam kategori tumbuhan lumut dengan asal perkembangan yang berbeza, daunnya sederhana (hanya mempunyai satu urat) dan dikenali sebagai mikrofil.[3] Sesetengah pendaunan seperti teknik 'bulb scale', tidak dilakukan di atas permukaan tanah. Daun-daun bagi kebanyakan spesies akuatik terendam di dalam air. Tumbuhan sukulen selalunya mempunyai daun yang tebal dan berair, namun sesetengah daun tidak mempunyai fungsi fotosintetis utama dan boleh mati apabila ia matang, seperti yang terdapat pada sesetengah katafil dan duri. Tambahan pula, sesetengah jenis struktur seperti daun yang terdapat pada tumbuhan vaskular sama sekali tidak berhomolog dengannya.

Dedaun, batang, bunga dan buah tumbuhan membentuk sistem tunasnya.[4]

  1. ^ "dedaun". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Esau, Katherine (2006) [1953]. Evert, Ray F. (penyunting). Esau's Plant Anatomy: Meristems, Cells, and Tissues of the Plant Body: Their Structure, Function, and Development (ed. ke-3). New York: John Wiley & Sons Inc. ISBN 978-0-470-04737-8.
  3. ^ Stewart, Wilson N.; Rothwell, Gar W. (1993) [1983]. Paleobotany and the Evolution of Plants (ed. ke-2). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-38294-6.
  4. ^ "Shoot system". Dictionary of botanic terminology. Cactus Art Nursery. n.d. Dicapai pada 9 November 2022.

Previous Page Next Page






Blaar AF Blatt (Pflanze) ALS Fuella AN Lēaf ANG ورقة نبات Arabic পাত AS Fueya AST Laphi AY Yarpaq AZ یارپاق AZB

Responsive image

Responsive image