Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Daerah artikulasi

Daerah artikulasi (pasif dan aktif):
1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4. Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar); 6. Pra-lelangit (Pre-palatal); 7. Lelangit (Palatal); 8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12. Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-dorsal; 15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan.

Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti [m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal) namanya.

Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur ("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis ("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau dua daripadanya boleh bertindak serentak.

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara daerah lidah-bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan.

Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa sempadan yang jelas.

Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama menjadi mengutip.


Previous Page Next Page